27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Aziz Respon Dakwaan ‘Digam’ Stesen TV – ‘Sekiranya Ada Tentulah Saya Sedih’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, memberikan respon mengenai dirinya yang dilihat kurang menonjol dengan naskhah baharu, malah didakwa telah ‘digam’ sejak beberapa tahun ini. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Rindu Ayden & Ara – ‘Alhamdulillah, Saya Rasa Mereka Berada Di Persekitaran Yang Baik’

    Rezeki dari Allah

    Ketika ditemui Aliff atau nama lengkapnya Mohamad Aliff Aziz, 35, bagaimanapun enggan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut, namun percaya pada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

    Saya bukan bertugas di stesen televisyen (TV) tempatan. Jadi, saya sendiri tidak pasti dan tidak berani mengulas apa yang sebenarnya dibincangkan atau sama ada perkara itu benar atau tidak.

    Bagi saya, saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa di mana ada rezeki, di situlah saya akan memberikan yang terbaik.

    Katakan selepas ini ada peluang di stesen TV tempatan, saya juga akan lakukan sebaik mungkin. Bukan dalam kawalan atau kuasa saya untuk menentukan siapa yang dipilih atau tidak dipilih.

    Menurut Aliff, sekiranya perkara tersebut adalah benar, sudah semestinya dia akan berasa sedih, namun memilih untuk sentiasa bersikap optimistik dan yakin dengan aturan takdir.

    Sekiranya ada mendengar perkara seperti itu, sudah tentulah ada rasa sedih. Tetapi saya akan kembali mengingatkan diri bahawa mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik.

    Apabila saya fikir ada yang lebih baik menanti, saya tidak terlalu tertekan. Walaupun ada yang berkata mereka tidak mahukan saya berada di sesuatu tempat, Alhamdulillah masih ada pihak lain yang memberikan peluang.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu terbitan iQIYI, Madu Atau Racun, di A Quite Place pada Selasa.

    MENARIK:  Bobby Deol Mengungkap Mulut Busuk Manisha Koirala - 'Saya Tergelak Berselisih Nafas'

    Sementara itu, pelantun lagu Sayang-Sayang ini bersyukur apabila dirinya masih diberi kepercayaan dan tawaran untuk menjayakan watak tertentu.

    Justeru, Aliff berkata, dia akan tetap melaksanakan setiap naskhah dengan baik, selain menghargai sokongan yang diberikan kepadanya.

    Saya sangat bersyukur. Bukanlah saya hendak menunjuk atau berkata, ‘tengok, saya masih ada’, tidak. Rezeki itu ada di mana-mana. Jadi, apabila peluang itu datang kepada saya, saya akan menghargainya dan memberikan yang terbaik.

    Dalam banyak-banyak komen negatif, saya percaya masih ramai yang mendoakan saya, sama ada secara terbuka mahupun secara diam-diam. Saya benar-benar percaya kepada perkara itu.

    Saya rasa saya masih berada di sini hari ini kerana doa ibu, ayah, adik-beradik dan juga doa daripada orang yang mungkin saya sendiri tidak kenal. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kata-kata semangat.

    Saya juga ada membaca mesej peribadi yang mendoakan supaya saya terus melangkah ke hadapan dan berjaya. Sebab itu saya memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara positif daripada melayan komen yang sekadar mahu menghina atau memaki.

    Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Aliff telah ‘digam’ daripada menjayakan sebarang naskhah lakonan. Spekulasi itu tercetus rentetan dilihat tiada lagi lakonan Aliff di mana-mana drama atau di stesen TV selepas kontroversi mengenai kehidupan peribadinya.

    The post [VIDEO] Aliff Aziz Respon Dakwaan ‘Digam’ Stesen TV – ‘Sekiranya Ada Tentulah Saya Sedih’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah