Peragawati dan pelakon, Aleeza Kasim terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga buat sementara waktu kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibunya yang kini berdepan masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Pasangan Gen Z Tangguh Kahwin Sebab Tak Cukup Duit? Jazmy Juma Beri Pandangan
Jaga ibu

Aleeza, 55, berkata, sebagai wanita yang pernah melalui alam perkahwinan sebelum bercerai, dia sememangnya masih menyimpan impian untuk kembali mempunyai pasangan hidup.
Namun begitu, buat masa ini tanggungjawab menjaga ibu menjadi keutamaan memandangkan adik-beradiknya yang lain sudah mempunyai keluarga sendiri.
Setiap wanita yang pernah berkahwin dan kemudian bercerai seperti yang saya lalui, sudah pasti ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Namun tetapi, sekarang saya sedang sibuk dengan urusan keluarga, saya perlu menjaga mak saya yang sedang sakit.
Adik-beradik saya yang lain sudah mempunyai keluarga sendiri, saya yang masih solo perlu jaga mak. Saya yang tukang masak, tukang urut mak, kemas rumah dan lain-lain lagi.
Ada orang yang bertakhta di hati saya, cuma sekarang sibuk dengan mak. Mungkin sekarang adalah masa terbaik untuk saya balas jasa mak sebelum apa-apa terjadi.
Aleeza berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Couture Wedding Charity Fashion Showcase Anas Abdullah x RMHC Malaysia yang berlangsung di Ronald McDonald House Hospital UKM, pada Selasa.
Mengulas lanjut mengenai hubungan bersama individu yang kini bertakhta di hatinya, Aleeza percaya soal jodoh tidak perlu dipaksa kerana jika sudah ditentukan, perkara itu tetap akan berlaku pada waktu yang tepat.
Bukan saya tak jadi kahwin, cuma saya terpaksa leretkan proses itu. Kalau tanya memang saya mahu ada pasangan hidup, namun masa kurang sesuai.
Perkara paling utama buat masa ini adalah mak, mak nombor satu. Hubungan saya dengan si dia masih dalam keadaan baik. Kalau ada jodoh, esok pun kahwin.
Saya dan si dia sama-sama pernah berkahwin, kami juga tiada anak. Oleh itu, hanya ‘follow the flow’.
Terdahulu, sekitar Januari 2025, media tempatan melaporkan Aleeza bakal menamatkan zaman solo selepas kira-kira 15 tahun bergelar janda.
The post Aleeza Kasim Tangguh Kahwin, Utamakan Jaga Ibu Sakit – ‘Masa Terbaik Balas Jasa Mak’ first appeared on OHBULAN!.





