29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN-PN bakal sapu bersih Semenanjung: GPS, GRS bukan lagi ‘kingmaker’ – Sng

    Shopee Sale

    Susulan kemenangan gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) meramalkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin kehilangan perananan sebagai penentu kuasa selepas pilihan raya umum ke-16 (PRU16).

    Presiden PBM Larry Sng berkata ini kerana kerjasama BN-PN mampu memperoleh majoriti mudah di peringkat persekutuan berdasarkan jumlah kerusi dimenangi kedua-dua gabungan itu pada pilihan raya umum lalu.

    Ahli parlimen Julau itu menambah formula BN-PN juga berkemungkinan menyapu bersih semua negeri di Semenanjung.

    “Jumlah keseluruhan kerusi (Parlimen) yang dimenangi BN dan PN pada 2022 ialah 104.

    “Angka keramat untuk membentuk kerajaan ialah 112. Hanya lapan lagi kerusi parlimen diperlukan.

    “Dengan mengetepikan penjajaran politik parti-parti Malaysia Timur, saya percaya berdasarkan trajektori semasa, kemungkinan besar BN-PN akan mudah memperoleh majoriti mudah selepas PRU16.

    “Ini juga bermakna GPS dan GRS tidak lagi memainkan perananan sebagai penentu kuasa,” katanya pada hantaran Facebook.

    PH jadi belasahan

    Pada PRN Negeri Sembilan yang baru berakhir, BN dan PN berjaya menyatukan undi Melayu serta memenangi 25 kerusi bagi memperoleh majoriti dua pertiga di negeri itu manakala Pakatan Harapan (PH) sekadar meraih 11 kerusi.


    BACA: Gelombang ‘perpaduan Melayu’ BN-PN: PH dalam bahaya

    MENARIK:  Polis terima 59 laporan terhadap Tony Pua

    Daripada 11 kerusi dimenangi PH, DAP memperoleh sembilan kerusi, diikuti PKR dengan dua kerusi. Amanah gagal memenangi mana-mana daripada sembilan kerusi disasarkannya.

    Pada PRN Johor 11 Julai pula, BN dengan bantuan PN memenangi 48 daripada keseluruhan 56 kerusi.

    PH hanya berjaya memperoleh lapan kerusi.

    Sng bukan satu-satunya yang membuat penilaian sedemikian apabila Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari turut berkongsi pandangan sama pada 2 Ogos lalu.

    “Jika formula BN-PN ini dapat dibawa ke gelanggang pilihan raya umum, setiap negeri di Semenanjung Malaysia akan berjaya ditawan, termasuk Pulau Pinang.

    “Justeru pimpinan PN dan BN jangan menoleh ke belakang lagi, teruskan dengan formula kemenangan ini," kata kata ahli Parlimen Pasir Mas itu.

    Menjelang PRN Melaka, Ketua Umno negeri Ab Rauf Yusoh menyatakan kesediaan untuk membincangkan kemungkinan bekerjasama dengan PN, tetapi menegaskan ia tidak bermakna persetujuan pasti dicapai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah