28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Waspada! Ribut petir, hujan lebat badai sembilan negeri petang ini

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga 5 petang ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu melibatkan negeri Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Pulau Pinang.

    Keadaan cuaca sama dijangka turut melanda Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Melaka.

    MENARIK:  Dapsy, DAP Kepong bercanggah soal lapor polis kebocoran minit JAC

    Di Sarawak, amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri dan Limbang

    Di Sabah pula, melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah