Penyanyi, Shila Amzah tampil berkongsi bahawa sebagai ibu bapa, mereka seakan-akan ditakdirkan menjadi narator sepanjang hayat dalam membimbing kehidupan anak-anak yang menghidap penyakit autisme.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Kerana Tak Halang Ibu Terbang Tinggi’ – Shila Amzah Luah Kasih Buat Seth & Leia
Artikel Berkaitan: ‘Saya Warisi Thalasemia Dari Sebelah Ayah & Dua Kali Bersalin Secara Czer.. Doktor Tak Galakkan Untuk Mengandung’ – Shila Amzah
Echolaila, punca anak mula faham

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa sebak sebagai ibu kepada anak autisme yang tidak mampu berkomunikasi seperti kanak-kanak lain.
Saya mempunyai seorang anak perempuan autisme yang tidak dapat bercerita dengan saya bagaimana harinya di sekolah, yang tidak dapat bersembang seperti kanak-kanak lain, dan tidak dapat berbual panjang seperti hubungan biasa antara seorang ibu dan anaknya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Shila atau nama penuhnya Nurshila Amir Amzah, yang berkongsi bahawa anaknya, Seth Uwais, turut mengalami ‘echolalia’ sebagai sebahagian daripada autisme tahap satu.
Tambahnya lagi, keadaan itu membantu anaknya untuk mula bertutur serta memahami bahasa komunikasi orang lain.
Memang kita sebagai ibu bapa ditakdirkan untuk menjadi ‘narator’ bagi anak-anak yang menghidap autisme sepanjang hayat.
Echolaila anak lelaki saya telah menjadi sebab utama dia akhirnya boleh bercakap dan mula memahami sedikit demi sedikit makna di sebalik apa yang diucapkannya.
Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu turut menitipkan doa agar ibu bapa lain yang melalui perjalanan serupa dengannya diberikan kemudahan.
Semoga suatu hari nanti awak juga dapat merasai pengalaman yang sama seperti saya.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan perjalanan kita semua.
Sumber: Threads
The post ‘Ibu Bapa Memang Ditakdirkan Menjadi Narator Bagi Anak Autisme’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.





