28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imam Australia kagum bukan Islam turut derma bina Masjid Negara 

    Shopee Sale

    Seorang Imam dari Australia menyatakan kekagumannya terhadap semangat perpaduan di Malaysia selepas dimaklumkan bahawa Masjid Negara turut menerima sumbangan daripada penderma bukan Islam. 

    “Ketika melawat Masjid Negara, salah seorang pemandu pelancong berkongsi bahawa masjid yang dibina pada tahun 1960-an itu dibiayai bukan sahaja oleh penderma Muslim, tetapi juga oleh penyumbang bukan Islam. 

    “Kisah itu mencerminkan semangat perpaduan di Malaysia,” kata pengerusi Majlis Iman Kebangsaan Australia (Anic) Shadi Alsuleiman dalam sidang media selepas majlis pelancaran model seni bina Masjid Adelaide di Kuala Lumpur, semalam.

    Shadi berkata pembinaan sebuah rumah ibadat Islam yang turut disokong oleh komuniti berlainan agama demi manfaat sosial bersama disifatkan sebagai contoh jelas keharmonian dalam masyarakat majmuk.

    Menurut Shadi, walaupun golongan bukan Islam tidak menggunakan masjid itu untuk beribadah, mereka tetap menerima manfaat daripada perananan masjid sebagai pusat perpaduan sosial dan keharmonian komuniti. 

    Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perdana menteri Tunku Abdul Rahman ketika merasmikan masjid bernilai RM10 juta itu pada 14 Ogos 1965 mengakui orang bukan turut menderma bagi membangunkan masjid itu.

    Dia menyifatkan perkara itu sebagai lambang perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

    Namun, perincian jumlahnya tidak dinyatakan.

    Bagaimanapun, media antaranya melaporkan bahawa Pengerusi Majlis Persekutuan Penanaman Daerah Perak Senator JES Crawford menyampaikan sumbangan cek bernilai RM17,374.02 kepada menteri besar Perak ketika itu Shaari Piai untuk pembangunan Masjid Negara.

    Seorang pegawai bank dari Pulau Pinang, Lim Lean Teng juga dilapor menyumbang sebanyak RM5,000, manakala seorang peniaga S Tharkoulal  menyumbang sekeping RM1,011 bagi tujuan sama.

    Sementara itu, Shadi turut melihat Malaysia sebagai negara majoriti Muslim yang berjaya mengurus kepelbagaian agama dan budaya dengan berkesan.

    “Malaysia dilihat sebagai antara negara yang berada di hadapan dalam memupuk keharmonian antara komuniti berlainan agama dan budaya. 

    “Banyak yang boleh dipelajari daripada sejarah, pendekatan dan kefahaman Malaysia dalam perkara ini,” kata Shadi kepada pemberita.

    MENARIK:  Ribut di Perak: Puluhan rumah rosak

    Hargai perjuangan untuk Palestin

    Sementara itu, diminta mengulas tentang konflik di Palestin, anak kepada pasangan warga Palestin yang berhijrah ke Australia itu memuji Malaysia yang konsisten dan lantang memperjuangkan isu tersebut.

    Shadi berkata sokongan yang diberikan jelas kelihatan, diiktiraf dan amat dihargai oleh ramai pihak di seluruh dunia. 

    “Penderitaan yang disaksikan sejak dua tahun lalu, bersama dengan pemahaman tentang apa yang berlaku sepanjang 77 tahun lalu, sudah cukup untuk menggerakkan sesiapa sahaja yang mempunyai sifat kemanusiaan dan belas kasihan.

    “Malaysia juga menjadi penyokong kuat perjuangan Palestin. Sokongannya jelas dilihat, diiktiraf dan amat dihargai oleh ramai orang di seluruh dunia,” katanya.

    Terdahulu, Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam Malaysia melancarkan model seni bina terperinci Masjid Adelaide sebagai simbol sejarah Islam di Australia serta hubungan persahabatan dan kefahaman budaya antara Australia dan Malaysia.

    Pelancaran model itu turut menyusul selepas ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Australia di Malaysia yang disambut pada 2025, mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pertahanan dan keselamatan, serta perdagangan dan pelaburan.

    Inisiatif itu juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha diplomasi budaya Australia untuk mempromosikan nilai keterangkuman dan kepelbagaian budaya, selari dengan hubungan dua hala yang semakin berkembang antara Canberra dan Kuala Lumpur.

    Masjid Bandar Adelaide adalah masjid tertua ang masih wujud di Australia. Ia dibina pada 1888 oleh komuniti pengangkut unta Afghanistan.

    Masjid itu turut menjadi antara bukti awal kehadiran masyarakat Islam dalam sejarah negara itu.

    Model masjid itu kini menjadi sebahagian daripada koleksi tetap di Muzium Keseniaan Islam Malaysia dan akan dipamerkan bersama model seni bina Islam lain dari seluruh dunia.

    Majlis pelancaran semalam turut dihadiri dua bekas menteri pendidikan Maszlee Malik dan Radzi Jidin, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Heinecke dan Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia Syed MohamAina Fatihah Abdullahad Albukhary.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah