28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarul Umbrella Dedah Alami Sakit Pinggang – ‘Doktor Minta Saya Perlahankan Aktiviti Fizikal’

    Shopee Sale

    Penyanyi Zarul Umbrella memaklumkan bahawa dia sedang mengalami masalah sakit pinggang yang telah membataskan aktiviti fizikalnya.

    Artikel Berkaitan: Zarul Umbrella Tak Setuju Kru Kabin Dedah Artis Sombong Dalam Penerbangan – ‘Tak Perlu Label, Mereka Tetap Pelanggan’

    Artikel Berkaitan: Zarul Umbrella Tiada Masalah Dengan CK Faizal, Hormat Keputusan Undur Diri Dari Podcast – ‘Dia Yang Banyak Bantu..’

    Alami sakit pinggang

    Ketika ditemui , Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 53, berkata, dia mula menyedari keadaan tersebut semasa bercuti di luar negara apabila mengalami rasa sakit yang berpanjangan.

    Badan saya nampak berisi sekarang kerana memperlahankan aktiviti dan sedang mengikuti fisoterapi selepas pinggang mula rasa sakit ketika bercuti di Paris Disember lalu.

    Bila berjalan banyak sakit itu ‘on and off’ dan tak hilang, jadi isteri saya minta buat pemeriksaan kerana bimbang jika saya alami slip disc.

    Menurut Zarul, selepas menjalani prosedur Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), doktor mengesahkan keadaannya tidak serius.

    Bagaimanapun, vokalis kumpulan Umbrella itu dinasihatkan untuk tidak terlalu aktif melakukan aktiviti fizikal.

    Selepas melakukan MRI, Alhamdulillah tidak serius.

    Tetapi doktor minta saya memperlahankan aktiviti bersenam seperti di gimnasium dan berjoging.

    Sekarang saya banyak duduk sahaja dan buat podcast. Kalau sebelum ini saya akan buat semua sendiri untuk persiapan podcast tapi sekarang, semuanya mereka telah sediakan dan saya tinggal duduk sahaja.

    Zarul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Seribu Rahmat Umbrella yang berlangsung di Hotel Ideas baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Amira Othman Berbaju Pengantin, Kad Misteri ‘A & F’ Cetus Spekulasi

    Tambah pelantun lagu Ramalan Ku Benar Belaka ini, keadaan tersebut juga adalah kerana faktor usia dan seterusnya telah menyebabkan berat badannya naik.

    Namun Zarul tetap mencuba untuk menurunkan berat badan dan masih melakukan senaman ringan.

    Makan pun banyak juga sebab isteri suka sediakan makanan.

    Tapi bila berat badan saya naik, saya mula buat Intermittent Fasting (IF) untuk turunkan berat badan.

    Fisioterapi kena buat, bersenam pun boleh saja tapi hanya yang ringan dan ikut kemampuan diri tanpa membabitkan bahagian pinggang sangat.

    The post Zarul Umbrella Dedah Alami Sakit Pinggang – ‘Doktor Minta Saya Perlahankan Aktiviti Fizikal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah