MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri hingga 1.30 pagi esok, melibatkan Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Keadaan cuaca sama turut diramal di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang; Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu); Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin); serta Selangor (Hulu Selangor).
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang, manakala di Sabah amaran melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Sandakan (Tongod dan Telupid), selain Wilayah Persekutuan Labuan.





