28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalkulator Selamat’ Buka Mata Tentang Harga Sebuah Kehilangan

    Shopee Sale

    Korang sedar tak, kita ni selalu berkira-kira tentang nilai aset yang dimiliki seperti kereta, motosikal, rumah, tanah dan macam-macam lagi. Tapi jarang sekali kita berfikir tentang betapa besarnya ‘harga’ sebuah kehilangan apabila insan tersayang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

    Atas kesedaran itu, Volvo Car Malaysia tampil dengan inisiatif ‘Kalkulator Selamat’ bersama Mr Money TV bagi membuka mata rakyat Malaysia tentang kesan emosi dan kewangan yang boleh berlaku apabila seseorang tidak lagi pulang ke rumah dengan selamat.

    Bukan tentang duit, tapi kelangsungan hidup

    ‘Kalkulator Selamat’

    Melalui platform interaktif ini, pengguna akan menjawab beberapa soalan berkaitan umur, pekerjaan, pendapatan, gaya hidup dan tanggungan keluarga.

    Kemudian, pengguna akan dikategorikan sebagai tulang belakang keluarga, pasangan berkahwin, individu solo atau mereka yang sedang sibuk membina kerjaya.

    Daripada jawapan tersebut, pengguna boleh melihat anggaran risiko keselamatan diri serta kesan kewangan yang mungkin ditinggalkan kepada keluarga sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

    Namun, apa yang membuatkan platform ini lebih ‘deep’ adalah kerana ia bukan sekadar bercakap tentang duit semata-mata. Ia turut menyentuh soal kehilangan tempat bergantung, impian yang tidak sempat dicapai dan masa depan keluarga yang mungkin berubah sekelip mata.

    Buat ramai sedar pentingnya keselamatan jalan raya

    Menurut Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw, platform ini diwujudkan bukan untuk meletakkan nilai pada nyawa seseorang, tetapi sebagai peringatan supaya masyarakat lebih menghargai keselamatan ketika berada di jalan raya.

    MENARIK:  Shiha Zikir Bidas Netizen Hina Bengap Selepas Kongsi Foto Berhijab – ‘Macam Ini Ke Cara Yang Betul Nak Tegur?’

    Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Mr Money TV, Peter Yong berkata ramai sebenarnya terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa perkara paling penting iaitu keselamatan diri sendiri.

    Menurutnya lagi, tindakan mudah seperti memakai tali pinggang keledar, mendapatkan rehat secukupnya sebelum memandu dan lebih bersabar di jalan raya sebenarnya mampu menyelamatkan banyak nyawa.

    Nak ubah mentaliti pemandu Malaysia jadi lebih bertanggungjawab

    Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen “Selamat” oleh Volvo Car Malaysia yang mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa keselamatan jalan raya bukan tentang mematuhi undang-undang, tetapi tanggungjawab bersama ketika menggunakan jalan raya.

    Ingat dalam setiap ucapan “bye”, “selamat jalan”…sebenarnya terselit doa agar insan tersayang selamat pergi dan balik. Disebabkan itu, Volvo mahu rakyat Malaysia lebih menghargai setiap perjalanan dan tidak mengambil mudah soal keselamatan di jalan raya.Akses ‘Kalkulator Selamat’ secara online menerusi Volvo Car Malaysia.

    The post ‘Kalkulator Selamat’ Buka Mata Tentang Harga Sebuah Kehilangan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah