29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rumah Noor Nabila Macam Mini Farmasi, Segala Jenis Ubat Ada’

    Shopee Sale

    Perkongsian video di TikTok milik pempengaruh media sosial, Rosix Omar mencuri perhatian ramai apabila dia memaparkan koleksi ubat-ubatan dan produk kesihatan yang disimpan di kediaman usahawan, Noor Nabila.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Nabila & Kekasih Bercuti Di Bali, Kapsyen Agensi Pelancongan Cetus Spekulasi – ‘Welcome Mrs Noor Nabila & Husband’

    Farmasi

    Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah almari khas yang dipenuhi pelbagai jenis ubat serta barangan kesihatan disusun dengan sangat teratur dan kemas mengikut kategori tertentu.

    Apa yang menarik perhatian, setiap ubat dilabel mengikut fungsi dan kegunaannya bagi memudahkan pencarian, termasuk ubat berkaitan masalah kaki, tangan, kulit, mata, gigi serta beberapa keperluan kesihatan lain.

    Bukan itu sahaja, almari berkenaan turut menempatkan pelbagai makanan tambahan, wangian rumah, kit ujian Covid-19 selain barangan rawatan lain seperti picagari ubat, alat tuam dan beberapa keperluan kecemasan.

    MENARIK:  Lagu ‘Hening Rindu’ Sebenarnya Untuk Siti Nurhaliza? Marsha Milan Respon – ‘Ada Juga Beberapa Nama Lain Saya Dengar’

    Susunan yang sistematik itu membuatkan ramai kagum dengan tahap persediaan Noor Nabila dalam memastikan segala keperluan kesihatan keluarga sentiasa tersedia di rumah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terpegun melihat koleksi ubat yang begitu lengkap sehingga ada yang berseloroh mengatakan kediaman Nabila seolah-olah mempunyai “mini farmasi” sendiri.

    Malah, ada juga yang memuji sikap teliti dan tersusun Noor Nabila dalam menguruskan keperluan harian, terutama melibatkan aspek kesihatan dan kecemasan keluarga.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Rumah Noor Nabila Macam Mini Farmasi, Segala Jenis Ubat Ada’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah