Pengamal perubatan Pak Munawer berkongsi kisah sebenar di sebalik keadaan wajahnya yang bersisik dan sering menjadi perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Rumah Si Mati Ada 13 Janin Dalam Botol, Dia Telan Untuk Nampak Cantik..Pakai Susuk Di Kemaluan & Dada’ – Pak Munawer
Wajah Pak Munawer semula jadi
Menerusi podcast Sembang Seram, Pak Munawer menjelaskan keadaan tersebut sebenarnya berlaku sejak dia masih berada dalam kandungan ibunya lagi dan bukan disebabkan penyakit atau kemalangan.
Pak Munawer terjadi macam ni sebenarnya daripada dalam perut lagi. Ya, semula jadi.
Dalam perkongsian sama, Pak Munawer turut menceritakan kisah misteri yang berlaku sebelum kelahirannya apabila bapanya dikatakan pernah terserempak dengan seekor ular hitam di rumah ketika ibunya sarat mengandung lapan bulan.
Menurutnya, ular tersebut ditembak bapanya namun haiwan itu dikatakan ghaib selepas jatuh ke tanah.
Pada masa sama, arwah datuknya yang merupakan seorang pawang di Kedah dikatakan sedang mendalami ‘ilmu ular’ untuk membantu pesawah menghalau tikus di sawah.
Arwah Tok dapat mimpi daripada pendita ular… katanya akan ada satu musibah yang berlaku, terima dengan cekal, terima dengan tabah. Jadi apa yang berlaku tu, dapatlah cucu seperti saya,.
Kini berusia 46 tahun, Pak Munawer mengakui sudah reda dengan keadaan dirinya dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu rezeki serta kekuatan buat dirinya.
Pak Munawer anggapnya rezeki sebab Pak Munawer akan jadikan kekurangan adalah untuk kekuatan diri Pak Munawer.
Sumber: TikTok Sembang Seram
The post [VIDEO] ‘Mak Nampak Ular Hitam Masa Hamil 8 Bulan, Lepas Ditembak Terus Ghaib’ – Pak Munawer Kongsi Kisah Wajah ‘Bersisik’ first appeared on OHBULAN!.



#pakmunawer #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram 

