28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jho Low curi masuk M’sia tahun lalu? Imigresen kata tiada maklumat

    Shopee Sale

    Jabatan Imigresen tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan jutawan dalam buruan Low Taek Jho memasuki negara bersama delegasi peringkat tinggi China, tahun lalu.

    Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban juga tidak mengulas lanjut sama ada pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan itu yang dilaporkan laman pembocor maklumat Sarawak Report, yang memetik sumber itu.

    “Setakat ini JIM (imigresen) tiada mempunyai maklumat berkaitan perkara ini,” kata Zakaria kepada Malaysiakini semalam.

    Sarawak Report mendakwa rayuan Jho Low untuk mendapatkan pengampunan Presiden di Amerika Syarikat dibuat pada Januari, berlatarbelakangkan keadaan luar biasa yang dia didakwa memainkan perananan penting dalam “rundingan rahsia antara China dan Malaysia” untuk menghapuskan hutang berkaitan 1MDB pada akhir tahun lalu.

    Memetik sumber, portal itu melaporkan dakwaan bahawa mesyuarat melibatkan Low malah berlaku di KL, dikatakan bawah “perlindungan” delegasi China.

    Laporan itu mendakwa rundingan yang diadakan dengan kehadiran Low adalah untuk menyelesaikan isu-isu tertangguh dengan China berkaitan 1MDB dan, lebih khusus lagi, perananan negara dalam membantu bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa menutup skandal itu.

    MENARIK:  Lebih 26,000 hektar tanaman padi ditenggelami banjir di Kelantan - Kada

    Malaysiakini telah menghubungi Kedutaan China di Kuala Lumpur, serta Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan komen.

    Awal hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan memfailkan protes terhadap permohonan Low untuk mendapatkan pengampunan daripada Trump.

    Dia berkata walaupun Malaysia tidak menyokong percubaan Low, ia adalah urusan AS dan dianggap sebagai "bukan isu" bagi Malaysia.

    Low, juga dikenali sebagai Jho Low, dikehendaki oleh pihak berkuasa kerana perananannya dalam skandal 1MDB. Dia didakwa pada 2018 tetapi masih bebas.

    Dia dituduh merancang skim yang membolot sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (kira-kira RM17.7 bilion) daripada 1MDB, bersama dua bekas jurubank daripada Goldman Sachs.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah