28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wan Rosdy ketua jentera BN Pahang ‘gempur’ kawasan Felda Johor

    Shopee Sale

    PRN JOHOR | Jentera BN Pahang akan mula berkampung di kawasan tanah rancangan bermula di Felda Wilayah Segamat mulai Khamis ini dalam usaha mereka membantu parti menjelang hari mengundi 11 Julai ini.

    Malah, menurut Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dia sendiri akan turun padang untuk mengetuai jentera kempen tersebut.

    "Insya-Allah hari Khamis saya akan pergi ke Felda di kawasan Segamat untuk membantu jentera parti di sana," katanya.

    Wan Rosdy yang juga salah seorang Naib Presiden Umno ditemui media selepas menghadiri program apresiasi guru, Pahang 1st, di Kuantan, Pahang, hari ini.

    Terdapat enam tanah rancangan Felda dalam kawasan Segamat iaitu Felda Bukit Batu, Felda Bukit Permai, Felda Layang-Layang, Felda Medor, Felda Palong Timur 1 dan Felda Palong Timur 2.

    MENARIK:  Polis tahan pendakwah bebas didakwa sebar video seks dengan isteri

    Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang mengakui tanggungjawab berat menanti jentera BN Pahang kerana mereka diberi kepercayaan menjaga kawasan Felda untuk PRN Johor.

    "Ya... (BN) Pahang diberi kepercayaan untuk menjaga kawasan Felda.

    "Saya pun sebelum ini sudah tiga hari berada di sana (Johor)... sejak hari penamaan calon.

    "Semangat jentera pun begitu baik, sokongan pun baik dan calon ditampilkan BN Johor juga bersemangat untuk bekerja untuk rakyat," katanya.

    Dalam PRN Johor kali ini, sebanyak 20 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN membabitkan kawasan Felda.

    Secara keseluruhan terdapat 73 petempatan Felda di seluruh Johor dan ia mewakili 35.7 peratus daripada jumlah undi di negeri tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah