28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kematian Rocky: Pemilik anjing, sukarelawan MBDK didakwa

    Shopee Sale

    Pemilik seekor anjing bernama Rocky dan seorang sukarelawan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen di Klang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap haiwan tersebut sehingga menyebabkan kematian dalam operasi menangkap anjing liar di Pelabuhan Klang, bulan lalu.

    S Roghini Devi, pemilik Rocky, dan Shah Idham Nor Haikal Shaharom mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

    Mengikut pertuduhan Muhammad Shah Idham didakwa dengan secara tidak munasabah telah menjerut anjing jantan itu menggunakan tali loop sehingga mengakibatkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan.

    Roghini pula didakwa dengan secara tidak munasabah menarik anjing sama sehingga menyebabkan kesakitan ke atas anjing baka pitbull itu.

    MENARIK:  Dua MP PH gesa Selangor beli balik Hutan Simpan Ayer Hitam

    Kedua-dua kesalahan dilakukan pada 29 Julai antara 11 hingga 11.30 malam di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah 20, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang.

    Jika disabitkan, mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    Hakim Mujib Saroji kemudian menetapkan jaminan RM6,000 setiap seorang penjamin dan mengarahkan mereka melaporkan diri sebulan sekali di Jabatan Veterinar Selangor.

    Sebutan semula kes kemudiannya ditetapkan pada 8 Oktober depan.

    Muhammad Shah Idham diwakili Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala Roghini diwakili Peguam Jeremy Vinesh Anthony.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah