Penyanyi, Alif Satar & The Locos tampil menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 menerusi lagu istimewa berjudul ‘Kibar Cinta Merdeka’.
Artikel Berkaitan: ‘Kesian Jemaah Yang Datang Awal Ke Masjid, Tapi Tewas Dengan Geng Reserve Kerusi Dekat Saf’ – Alif Satar
Semangat patriotik

Mengangkat tema patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air, lagu berkenaan membawa mesej bahawa semangat kemerdekaan bukan sekadar mengimbau sejarah, sebaliknya turut menghargai kebersamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.
Dengan melodi yang bertenaga, ‘Kibar Cinta Merdeka’ mengajak masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan kebanggaan sebagai anak Malaysia.
Menurut Alif, lagu berkenaan merupakan karya yang dekat dengan semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian.
‘Kibar Cinta Merdeka’ adalah tentang kita semua. Walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, kita berkongsi satu tanah air dan satu rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Kami berharap lagu ini dapat membawa semangat positif dan mengingatkan kita untuk terus menghargai kebersamaan yang menjadikan Malaysia begitu istimewa.
Lagu berkenaan turut dihasilkan sebagai sebahagian daripada kempen khas sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 dengan kerjasama Nutriplus.
Kolaborasi itu mencerminkan usaha Nutriplus untuk menyampaikan mesej perpaduan dan kebersamaan menerusi medium muzik yang dekat dengan masyarakat.
Sebagai jenama yang menjadi sebahagian daripada hidangan harian keluarga Malaysia, Nutriplus percaya makanan juga mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat, daripada menikmati sarapan bersama keluarga hinggalah berkumpul di meja makan ketika sambutan perayaan.
Seiring pelancaran ‘Kibar Cinta Merdeka’, Nutriplus turut menganjurkan kempen ‘Beli & Menang 999 Gold Egg’ yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.
Pengguna hanya perlu membeli minimum RM35 produk telur dan/atau makanan sejuk beku Nutriplus dalam satu resit untuk berpeluang memenangi hadiah menarik. Antara hadiah yang ditawarkan ialah enam 999 Gold Egg serta 60 baucar Touch ’n Go eWallet bernilai RM100 setiap satu.
Video muzik rasmi ‘Kibar Cinta Merdeka’ boleh ditonton menerusi saluran digital rasmi Nutriplus di YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok.
Video
The post Semarakkan Bulan Kebangsaan! Alif Satar & The Locos Lancar ‘Kibar Cinta Merdeka’ first appeared on OHBULAN!.





