33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes rasuah berkaitan REE: Bekas Setpol MB Kedah diperintah bela diri

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu, tiga tahun lepas.

    Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad Hilmi, 53.

    “Oleh itu, tertuduh diperintah untuk membela diri,” katanya yang kemudian menetapkan empat hari bermula 9 Okt ini bagi prosiding bela diri.

    Pada 20 Nov 2023, Mohamad Hilmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd Liana Mamat @ Khalid, 43, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 37.

    Ia sebagai dorongan bagi tertuduh, yang ketika itu Setiausaha Politik Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membantu syarikat berkenaan mendapatkan kelulusan berkaitan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah.

    MENARIK:  Kes bunuh Sabari: Anak masih harap jasad arwah ditemukan

    Mohamad Hilmi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas di Kuala Lumpur pada 4 Julai 2023.

    Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di Kuala Lumpur pada 11 Julai 2023.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Prosiding hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat manakala peguam Syed Naqiuddin Shahab mewakili Mohamad Hilmi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah