28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Siapa Lebih Menyesal Dalam Perkahwinan?’ – Peguam Syarie Risau Nasib Rumah Tangga Generasi Akan Datang

    Shopee Sale

    Seorang individu berpendapat golongan lelaki jarang menyesal dalam perkahwinan kerana kebanyakan urusan rumah tangga diuruskan oleh isteri.

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Tak Solat Antara Alasan Cerai Yang Famous’ – Peguam Syarie

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Lafaz Cerai Kerana Kucing Isteri Kejar Burung Hantu Yang Dibela’ – Peguam

    Kes cerai

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan berpendapat rata-rata wanita lebih cenderung menyesali perkahwinan kerana terbeban menguruskan kehidupan berumah tangga.

    Tak pernah lagi dengar lelaki menyesal kahwin. Tahu tak kenapa? Sebab tiada motif lelaki menyesal.

    Kalau nak makan orang sediakan, malam-malam ada orang layan. Pakaian ada orang cuci. Itu belum masuk lagi bab kewangan, pun ada orang tanggung.

    Jadi, tiada sebab untuk menyesal melainkan lelaki itu sendiri yang bermasalah. Sebab itu kita selalu dengar ramai yang menyesal kahwin mesti perempuan. 

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian seorang peguam syarie yang meluahkan kebimbangan terhadap hala tuju rumah tangga generasi akan datang.

    MENARIK:  Ashraf Anuar Sangkal Kenyataan Individu Label Harga Produk Cekik Darah

    Dalam pada itu, peguam yang dikenali sebagai Naim menitipkan pesanan agar tidak lagi mempertikaikan siapa yang lebih menyesal sebaliknya berkongsi panduan untuk menjadi isteri yang taat.

    Saya tak boleh bayangkan rumah tangga generasi akan datang macam mana kalau perempuan berfikiran macam ini.

    Tak cukup tangan peguam syarie uruskan kes cerai ni. Sudahlah persoal siapa paling menyesal kahwin. Tiada faedah.

    Lebih baik bagi tips macam mana nak jadi isteri yang taat zaman sekarang.  

    Sumber: Threads @peguamsyarienaim

    The post ‘Siapa Lebih Menyesal Dalam Perkahwinan?’ – Peguam Syarie Risau Nasib Rumah Tangga Generasi Akan Datang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah