28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hadi tuduh Mkini sebar ajaran sesat, Syahredzan tuntut tarik balik

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik tuduhannya terhadap Malaysiakini, terutama dakwaan bahawa portal berita itu menyebarkan “ajaran sesat”.

    Syahredzan berkata serangan Abdul Hadi terhadap Malaysiakini adalah keterlaluan, walaupun dia sendiri mengakui pernah mengkritik laporan portal berita tersebut.

    “Ada banyak perkara yang Tan Sri Abdul Hadi Awang Presiden PAS sebut dalam hantarannya hari ini (semalam).

    “Tetapi saya ingin ulas serangannya terhadap Malaysiakini dalam kenyataan tersebut.

    “Sebelum itu, saya harus berterus-terang. Saya juga pernah mengkritik Malaysiakini. Ada laporan mereka yang pada saya, tidak menepati piawai dan etika kewartawanan.

    “Namun demikian, pada saya serangan Tan Sri Hadi kali ini adalah keterlaluan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Abdul Hadi dalam catatan Minda Presiden semalam berkata sekularisme ialah ajaran sesat yang dibawa masuk oleh penjajah ke dalam masyarakat Melayu bagi memesongkan mereka daripada ajaran agama Islam yang sempurna.

    Menurutnya, media yang menyokong DAP seperti Malaysiakini dan lain-lain terus berperananan “dengan bebas dan secara halus terus menyebarkan ajaran sesat ini”.

    "Adapun, orang Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) menjadi bisu dan tidak mencegah kemungkaran yang besar ini, bahkan mereka pula yang membela dan menjadi jurucakap yang mempertahankan DAP," kata ahli parlimen Marang itu.

    MENARIK:  Lebih 500,000 kandungan diturunkan kerana langgar undang-undang

    Liputan luas kepada PAS

    Dalam pada itu Syahredzan berkata tuduhan bahawa Malaysiakini ‘menyokong DAP’ hanya kerana mereka memberi liputan dan ruang kepada DAP adalah amat tidak wajar.

    "Apatah lagi jika dikaji, Malaysiakini sebenarnya memberi liputan yang luas kepada PAS juga, malahan ada yang berkata liputan mereka kepada pembangkang adalah lebih banyak daripada kerajaan.

    “Walau apapun pandangan kita terhadap sesuatu organisasi media, parti politik dan ahli politik tidak patut membuat tuduhan seperti ini kepada media yang bebas seperti Malaysiakini.

    “Seorang ahli politik veteran seperti Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya memahami perananan media dalam sebuah negara demokratik seperti Malaysia,” katanya.

    Menurut Syahredzan, parlimen dalam penggal ini telah meluluskan Akta Majlis Media Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kepentingan media dalam negara.

    "Walaupun kadangkala media membuat kita rasa tidak senang, tetapi kita sebagai ahli parlimen wajar menghormati kebebasan media.

    “Atas dasar itu, Tan Sri Abdul Hadi digesa untuk menarik balik tuduhannya terhadap Malaysiakini terutama sekali bahawa media itu menyebarkan “ajaran sesat”. Hormati perananan media sebagai “the Fourth Estate”,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah