33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Merdeka Ke-69: Short Getaway Di Sungai Long Ini Tawar Hidangan Khas Malaysia!

    Shopee Sale

    Masuk sahaja bulan Ogos, kehangatan sambutan Kemerdekaan pasti terasa di seluruh negara. Jalur Gemilang mula megah mengibari pelbagai sudut kota, lagu-lagu patriotik mula berkumandang di corong radio, dan ramai mula merancang aktiviti untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

    Bagi korang yang mahu menyambut Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia tahun ini dengan cara dan suasana yang berbeza, Monkeys Canopy Resort di Sungai Long adalah lokasi tepat untuk korang yang mahukan ketenangan selain jauh daripada kesesakan lalu lintas bandar.

    Menerusi pakej khas The Legacy Escape, korang boleh nikmati penginapan santai bersama hidangan khas negara kita melalui promosi “Citarasa Malaysia, Penginapan Yang Diingati.”

    Ketenangan alam & masa berkualiti bersama yang tersayang

    Merdeka ke-69
    Bilik Dormitori
    Merdeka ke-69
    Suite Famili

    Terletak tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur, resort ini menawarkan staycation yang tenang dan dikelilingi suasana hijau yang menyegarkan. Sama ada korang rancang family getaway atau percutian singkat bersama rakan-rakan, pakej ini menyediakan pilihan penginapan Dormitori atau Suite Famili yang selesa dan mampu menampung sehingga 4 orang tetamu dalam satu masa.

    Ia merupakan lokasi ideal untuk berkumpul, bermain permainan santai, atau sekadar berbual mesra sambil mengeratkan silaturahim sempena cuti panjang.

    MERDEKA Plate: Apabila warna Jalur Gemilang jadi tema hidangan

    Bahagian paling menarik dalam pakej ini sudah semestinya pengalaman kulinari. Kali ini, Pakej penginapan yang turut menawarkan 4 set menu Ayam MERDEKA Plate secara percuma di Sticks & Baron Café.

    Menu khas ini direka khas oleh Chef Eksekutif Master, Chef Bathiar Redzuan bin Muhammad, sebagai sebuah penghargaan kulinari terhadap kepelbagaian Malaysia.

    Sajian ini bukan sahaja enak, menyelerakan dan sedap, malah menterjemahkan warna-warna Jalur Gemilang ke atas pinggan secara kreatif:

    • Hidangan Utama: Ayam Percik Bakar yang kaya dengan rasa rempah ratus tempatan, dihidangkan bersama Nasi Kerabu wangi.
    • Sampingan: Kerabu Ulam & Kobis yang segar, Telur Masin, serta Keropok Ikan ranggup.
    • Pencuci Mulut & Minuman: Kek Bertemakan Kemerdekaan, Buah Campuran, dan Lai Chi Kang yang menyegarkan.
    MENARIK:  [VIDEO] Haniff Hamzah Syukur Tak Alami ‘Sleep Apnea’, Berdengkur Kuat Sebab Tidak Cukup Tidur

    Setiap elemen hidangan melambangkan simbol keharmonian negara. Kuning melambangkan kemakmuran, Biru mewakili perpaduan, Merah memancar keberanian, dan Putih mencerminkan kesucian serta keamanan.

    Menurut Chef Bathiar, sambutan paling bermakna bermula apabila insan-insan tersayang berkumpul di satu meja untuk berkongsi makanan, bercerita sambil mencipta kenangan indah.

    Pakej, harga & cara tempahan

    Berikut adalah maklumat berkenaan pakej, harga dan tempahan bagi memudahkan korang merancang bajet untuk Merdeka short gateway:-

    • Pakej Penginapan (The Legacy Escape): RM869 nett / bilik / malam (Termasuk penginapan untuk 4 orang & 4 set Ayam MERDEKA Plate).
    • Pilihan Ala-Carte (Makan Sahaja): RM69 nett / set. Untuk korang yang hanya mahu menikmati hidangan khas tanpa penginapan. Set ala-carte ada dua pilihan hidangan utama Ayam atau Daging Lembu.

    Pakej ini dibuka untuk tempahan dan penginapan bermula 8 Ogos 2026 hingga 30 September 2026.

    Memandangkan tarikh ini merangkumi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, korang disarankan untuk membuat tempahan lebih awal sebelum slot hujung minggu penuh.

    Tempahan boleh dibuat secara eksklusif menerusi laman web rasmi Monkeys Canopy Resort di www.monkeyscanopy.com.

    Rancang short getaway korang sekarang, raikan semangat patriotisme dengan cara yang lebih santai, dan nikmati citarasa Malaysia bersama yang tersayang!

    The post Merdeka Ke-69: Short Getaway Di Sungai Long Ini Tawar Hidangan Khas Malaysia! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah