28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Bunian’ – Eyra Hazali Kongsi Kisah Ibu Tiba-Tiba Hamil Tujuh Bulan Selepas Buang TV Lama Di Hutan

    Shopee Sale

    Pelakon dan selebriti media sosial, Eyra Hazali berkongsi satu kisah misteri yang pernah dialami ibunya selepas membuang sebuah televisyen lama di kawasan hutan.

    Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Terkejut Owner Rumah Sewa Minta RM10K Untuk Cat Seluruh Rumah Termasuk Kawasan Luar

    Eyra bunian?

    Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra, 28, mendakwa perut ibunya tiba-tiba membesar pada keesokan hari selepas televisyen berkenaan dibuang.

    Menurut Eyra, ibunya kemudian mendapatkan pemeriksaan doktor dan terkejut apabila dimaklumkan sedang hamil tujuh bulan, malah bayi dalam kandungan tersebut ialah dia.

    Mak saya balik kampung ayah sebab ada kenduri ketika itu. Tiba-tiba terjumpa satu TV lama dalam rumah dan mak pergi buang TV tersebut di kawasan sebuah masjid yang dikeliling hutan.

    Esok paginya, perut mak saya yang asalnya rata tiba-tiba jadi besar macam orang hamil. Pergi klinik dan doktor scan, nampak ada kaki, tangan dan mata. Doktor cakap ada bayi tujuh bulan dalam perut, bayi itu adalah saya.

    Sebab itu adik-beradik saya yang lain cop dan panggil saya bunian. Ramai yang tidak percaya dengan kisah ini, tetapi orang kampung tahu mengenai cerita tersebut.

    Berkongsi lanjut mengenai kisah kelahirannya, Eyra berkata bapanya turut menceritakan keadaan dirinya ketika dilahirkan yang dikatakan agak berbeza berbanding kebiasaan bayi lain.

    Bapa kata sewaktu saya dilahirkan, segala urat jelas kelihatan. Macam jernih, bersih betul keadaan saya. Tidak sampai 15 minit mak saya duduk di ‘labour room’. Sangat mudah proses mak saya melahirkan.

    Kakak saya juga pernah bergurau cakap sebab itu rezeki saya mencurah-curah, orang bunian katanya kaya raya.

    Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya yang rata-rata mengakui terkejut dengan kisah yang disifatkan sebagai luar biasa dan penuh misteri.

    MENARIK:  Jangan Biarkan Pengaruh Luar Merosakkan Hubungan Jangka Panjang Anda dengan Pasangan – Fadzilah Kamsah

    Bagaimanapun, wargamaya tidak menolak kemungkinan kisah tersebut adalah benar kerana percaya alam tidak dihuni oleh manusia sahaja tetapi juga mahkluk lain.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Saya Bunian’ – Eyra Hazali Kongsi Kisah Ibu Tiba-Tiba Hamil Tujuh Bulan Selepas Buang TV Lama Di Hutan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah