33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar Menang Kereta GAC Emkoo, Kempen Tonton ‘Non Stop, On Top!’ Berakhir Dengan Hampir 20,000 Penyertaan

    Shopee Sale

    Seorang pelajar berusia 22 tahun iaitu Engku Harith Amsyar, telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama pusingan akhir kempen Tonton Non Stop, On Top! yang membawa pulang sebuah kereta GAC Emkoo 1.5L Turbo bernilai RM123,800.

    Artikel Berkaitan: Rebut Peluang Bawa Pulang GAC Emkoo Di Pusingan Akhir Kempen Tonton Non Stop, On Top!

    Artikel Berkaitan: Tonton Lancar ‘Non Stop, On Top! – Kempen Ganjaran RM700,000, Tonton Drama Boleh Menang Kereta & Hadiah Lumayan

    Bawa pulang kereta

    Engku Harith, 22, berjaya mengumpul sebanyak 107, 153 mata ganjaran bagi kempen pusingan keempat yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2026 lalu, sekali gus melayakkannya untuk meraih hadiah utama.

    Menurut pelajar berasal dari Kuatan, Pahang itu, pada awalnya dia hanya menonton kandungan di platform Tonton dan mengumpul mata ganjaran, namun tidak meletakkan sebarang harapan untuk memperoleh kemenangan.

    Saya masih belum memberitahu keluarga dan rakan-rakan mengenai kemenangan ini kerana ingin memberikan kejutan kepada mereka.

    Saya bercadang membawa pulang kereta ini sebagai hadiah istimewa buat keluarga, selain menggunakannya untuk urusan harian dan perjalanan pulang ke Kuantan nanti

    Kemenangan tersebut menjadi momen yang manis buat Engku Harith kerana GAC Emkoo 1.5L Turbo itu merupakan kereta pertama yang dimilikinya dan dia berasa tidak sabar untuk membawa ibu bapa serta adik-beradik menaiki kenderaan tersebut.

    MENARIK:  Nabila Razali & Bella Astillah Bersama PTTI Raikan ‘Batch 08’ Terima Keputusan SPM, ‘Straight A’ Dapat Insentif RM500

    Pemenang hadiah utama itu turut diraikan menerusi majlis penyampaian hadiah yang berlangsung pada 19 Ogos 2026, di GAC Motor Petaling Jaya, yang turut dihadiri Crystal Lee, Pengarah Jualan dan Kerjasama Strategik, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima Television Networks, serta Loh Ling Howe, Ketua Pegawai Operasi Komersial, WTC Automotif (M) SDN. BHD. 

    Tonton Non Stop, On Top! diakhiri dengan hampir 20,000 penyertaan tersebut menyaksikan empat buah kenderaan dimenangi sebagai hadiah utama menerusi empat pusingan, selain pelbagai hadiah lain yang ditawarkan kepada peserta sepanjang kempen berlangsung.

    Pengguna boleh menantikan kemunculan semula kempen ini pada tahun hadapan, dengan lebih banyak kejutan, hadiah istimewa serta pengalaman menarik untuk dinikmati bersama Tonton.

    Justeru itu, anda haruslah terus mengikuti Tonton untuk mendapatkan perkembangan terkini serta menikmati pelbagai kandungan menarik yang tersedia di platform tersebut.

    Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy. 

    The post Pelajar Menang Kereta GAC Emkoo, Kempen Tonton ‘Non Stop, On Top!’ Berakhir Dengan Hampir 20,000 Penyertaan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah