Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Chua, Kajang, pada Mac lalu.
Artikel Berkaitan: R*gol Anak Kandung Hingga Lahirkan Bayi, Lelaki Dipenjara 60 Tahun & 60 Sebatan
Artikel Berkaitan: Mekanik Direman, Siasatan Kes Rogol & Samun Remaja Sedang Beriadah
Penganggur disyaki rogol remaja

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat mangsa pada Ahad lalu.
Insiden itu dipercayai berlaku ketika mangsa berada di sebuah rumah di kawasan berkenaan pada 29 Mac lalu.
Hasil siasatan membawa kepada penahanan suspek di Rantau Panjang, Kelantan pada Rabu,
Suspek yang merupakan seorang penganggur kini direman sehingga 26 Ogos bagi membantu siasatan.
Naazron turut memaklumkan suspek didapati positif methamphetamine selepas menjalani ujian saringan awal air kencing.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Sinar Harian
The post Penganggur Disyaki R*gol Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun first appeared on OHBULAN!.





