26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Umno perlu kembali kepada roh asal sebagai gerakan islah’

    Shopee Sale

    Umno tidak lagi sekadar berdiri sebagai warisan sejarah, sebaliknya berperananan sebagai jambatan strategik dalam memacu kesinambungan perjuangan parti itu ke era baru.

    Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir berkata menjelang ulang tahun ke-80 parti itu, Umno perlu tampil sebagai parti yang berani mentakrif semula perananan iaitu daripada organisasi politik tradisional kepada gerakan peradaban yang membentuk arah bangsa.

    Katanya dalam dunia yang dipacu kecerdasan buatan (AI), ekonomi tanpa sempadan dan geopolitik yang tidak menentu, Umno tidak boleh sekadar menjadi penjaga memori, sebaliknya mesti bertindak sebagai arkitek masa depan.

    “Masa depan Umno terletak pada keberaniannya untuk menjadi parti kalis masa, bukan lagi parti yang menagih budi sebaliknya parti yang membina keupayaan, mencipta peluang, membuka ruang dan membentuk generasi yang mampu berdiri dengan yakin dalam dunia global,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau sempena ulang tahun Ke-80 parti itu.

    Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata dalam mendepani perubahan itu, Umno perlu kembali kepada kekuatan asalnya dalam mengurus krisis dan mencipta kestabilan yang bukan semata-mata dari segi ekonomi atau politik tetapi juga krisis makna, kepercayaan dan identiti dalam dunia digital.

    Selain itu, dia berkata Umno mesti menjadi parti yang berteraskan ilmu dengan mengangkat budaya pemikiran kritis serta menjadikan institusi pendidikan sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara.

    MENARIK:  Serangan udara Israel ke atas Gaza bunuh 41 lagi rakyat Palestin

    Kata Zambry menjelaskan antara cabaran utama Umno ialah membina sintesis baru yang menyeimbangkan kemajuan teknologi tanpa kehilangan nilai dan jadi diri, serta memacu kemodenan tanpa menghakis identiti.

    Menyentuh landskap politik tanah air yang semakin rencam, Zambry berkata Umno perlu mengangkat pendekatan politik lebih inklusif berteraskan kebersamaan dan semangat perpaduan, bukannya perkauman sempit dan kebencian melampau.

    Katanya, Umno juga perlu memimpin dengan visi inklusif melalui pembinaan Rumah Bangsa’ ang bukan sekadar slogan, tetapi ruang sebenar untuk semua pihak bersatu atas asas keadilan, saling menghormati dan keyakinan terhadap masa depan bersama.

    Dalam pada itu, Zambry berkata kekuatan politik masa kini tidak lagi diukur melalui dominasi mutlak, sebaliknya keupayaan untuk menjadi pemangkin yang mengimbangi dan menyatukan.

    Tegasnya Umno perlu kembali kepada politik organisasi dan bukan berasaskan personaliti bagi memastikan parti kekal sebagai gerakan yang kukuh dalam menghadapi cabaran semasa.

    “Akhirnya, Umno perlu kembali kepada roh asalnya sebagai gerakan islah iaitu gerakan pembaharuan yang berteraskan nilai Islam, semangat kebangsaan dan patriotisme, keadilan dan kemanusiaan,” katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah