Usahawan Haliza Maysuri berkongsi momen berharga anaknya yang mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Berniaga Cari Rezeki & Bayar Zakat Tapi Kalau Benar Amanah Diseleweng, Luluhnya Hati’ – Haliza Maysuri
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kahwin Dengan Orang Kaya Tapi Kami Jadi Kaya Bersama’ – Haliza Maysuri
Perbincangan bertunang
View on Threads
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Haliza dilihat berkongsi beberapa foto sepanjang majlis pertunangan anaknya yang dihadiri ahli keluarga.
Bagaimanapun, Haliza tampil bersuara mengenai adat pertunangan yang sepatutnya mengutamakan ahli keluarga yang lebih tua untuk mengendalikan majlis tersebut.
Alhamdulillah, baru selesai majlis pertunangan anak saya. Walaupun ibu bapa bakal menantu hadir, tapi bila nenda juga ada, dahulukan yang lebih tua. Nenda yang menyarung cincin.
Manakala yang berbincang pula, atuk dan orang tua yang lebih berpengalaman. Ibu bapa kepada bakal pengantin lelaki dan perempuan lebih kepada menjadi saksi dengan penuh tertib.
Dalam adat dan adab Melayu, pertunangan bukan pentas siapa paling ke depan, tapi tempat kita tundukkan ego, angkat yang lebih tua.
Tambah Haliza, golongan muda sebaiknya melengkapi diri dengan adab kerana keberanian yang ditonjolkan adakalanya boleh disalah tafsir menurut adat Melayu.
Yang muda tak perlu bercakap untuk membuktikan apa-apa. Cukup dengan adab, itu sudah tinggi nilainya.
Kadang yang nampak berani, sebenarnya terlihat kurang manis di mata yang faham adat.
Bertunang bukan soal cincin dan berapa banyak hantaran yang disebut, tapi cara kita memuliakan orang lain sebelum diri sendiri.
Sumber: Threads @halizamaysuri
The post ’Kadang Yang Berani, Terlihat Kurang Manis’ – Haliza Maysuri Bersuara Soal Adat Bertunang first appeared on OHBULAN!.





