27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diplomat tertinggi Iran, EU bincang usaha gencatan senjata

    Shopee Sale

    Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas membincangkan perkembangan terkini berhubung rundingan damai Tehran–Washington, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

    Araghchi memaklumkan kepada Kallas mengenai pendirian dan inisiatif terkini Iran yang bertujuan menamatkan “peranang” serta mewujudkan keamanan berkekalan di rantau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar Iran.

    MENARIK:  Genap sebulan di IJN, Mahathir diberi 'pelepasan balik rumah'

    Kallas pula menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi keselamatan dan ekonomi susulan ketegangan serantau yang berterusan di rantau berkenaan serta menegaskan semula pendirian berprinsip Kesatuan Eropah yang menyokong laluan diplomatik ke arah keamanan dan keselamatan mampan, menurut kenyataan itu.

    Tiada butiran lanjut mengenai perbualan itu didedahkan setakat ini.

    -Bernama - Mna

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah