PAU 2024 | Umno akan mencari pendekatan bagi menangani masalah jenayah dan kebejatan sosial yang semakin membimbangkan, kata presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini, Ahmad Zahid melahirkan kebimbangan terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat.
“Di nenara ini terlalu kebejatan sosial telah berlaku.
"Kebelakangan ini saban hari, kita mendengar kes pembunuhan yang kejam dan tidak pernah terfikir oleh kita berlaku sangat berleluasa.
"Kalau dahulu anak hilang, mak ayah akan cari di rumah. Tapi hari ini kalau anak hilang, mak ayah ternanti-nanti di mana mayat anak akan ditemui. Ini antara kebejatan sosial yang semakin membimbangkan.
“Untuk itu kita mesti tampil dengan pendekatan baru dan menyantuni masyarakat dan melaksanakan program yang mahu orang Melayu dan rakyat kembali melihat Umno sebagai sebuah parti yang tampil mencari penyelesaian,” katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa berusaha mengurangkan kadar jenayah.
Namun Ahmad Zahid berkata usaha itu mesti dipertingkatkan termasuk dalam menangani jenayah buli siber.
“Data daripada SKKM hingga 10 Julai lalu, secara purata berlaku 10 kes buli siber setiap hari.
“Begitu juga kes buli fizikal di sekolah dan pusat pengajian tinggi,” katanya.
[Berita penuh menyusul]





