26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tarik balik kelulusan tanah pembangunan rumah ibadat jika tak ikut tempoh’

    Shopee Sale

    Kerajaan Selangor boleh menarik balik pemberian kelulusan tanah bagi tujuan membina rumah ibadat bukan Islam sekiranya tidak dibangunkan dalam tempoh yang ditetapkan, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.

    Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata kelulusan tanah yang ditarik balik itu akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.

    Beliau berkata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas) telah meluluskan 400 slot tanah kepada pihak rumah ibadat bukan Islam bagi tujuan berkenaan sejak 2008 sehingga kini.

    MENARIK:  'Gangguan IT global bukan serangan siber tapi kecacatan hos Windows'

    “Jadi kalau kita dah berikan tanah untuk mereka bina rumah ibadat. Kalau dalam tempoh masa tertentu masih tidak ada pembinaan, kita akan pastikan dalam tempoh lima tahun, kita akan rujuk kembali untuk kita ambil balik tanah itu,” katanya.

    Beliau menjawab pertanyaan tambahan Lwi Kian Keong (PH-Sungai Pelek) yang ingin tahu tempoh pembangunan sesebuah rumah ibadat bukan Islam setelah permohonan itu diluluskan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah