29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM siasat 1BestariNet, geledah pejabat YTL

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

    Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

    “Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion,” katanya kepada Bernama.

    Sumber terbabit memaklumkan fokus siasatan SPRM juga menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

    MENARIK:  Bantuan RM200 cukup tampung peningkatan harga diesel, kat MOF

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Hishamuddin dalam pada itu, memohon semua pihak agar memberi ruang dan masa kepada SPRM bagi melaksanakan siasatan tanpa sebarang gangguan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah