26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM nafi Azam terlibat sebar tohmahan babitkan agensi penguat kuasa

    Shopee Sale

    SPRM menafikan ketua pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.

    SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyebaran tohmahan membabitkan seorang ketua pengarah sebuah jabatan penguat kuasa kepada beberapa agensi media dan agensi kerajaan dilakukan menerusi e-mel akaun palsu menggunakan nama Azam.

    "SPRM menafikan maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan ketua pesuruhjaya dan suruhanjaya ini.

    "Oleh itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih atau palsu," menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  BN Johor anggap dakwaan Anwar dihalang sebagai 'penipuan besar'

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah