29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN Johor anggap dakwaan Anwar dihalang sebagai ‘penipuan besar’

    Shopee Sale

    PRN JOHOR | Menteri Besar sementara Johor, Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan pegawai kanan perdana menteri terkait itu penggunaan sebuah kompleks kerajaan di Muar baru-baru ini.

    Kata Onn Hafiz, tuduhan Anwar Ibrahim dihalang daripada menggunakan kemudahan tersebut adalah strategi mereka untuk mempengaruhi pengundi menjelang pengundian pada 11 Julai ini.

    "Saya rasa ia adalah penipuan besar. Itulah cara mereka berkempen – dengan dengan penipuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya untuk kawasan Sekijang di Segamat, semalam.

    Sebelum itu Pemuda PKR mendakwa Anwar yang juga Pengerusi PH dihalang daripada menggunakan Kompleks Penghulu Sungai Balang di Muar untuk bertemu dengan masyarakat setempat dalam kejadian kira-kira dua minggu lalu.

    Ketuanya, Kamil Munim, berkata mereka kesal kerana Anwar sentiasa bersikap baik dan bertoleransi terhadap kerajaan Johor dalam menyelesaikan pelbagai isu.

    "Saya nak tahu ini arahan siapa yang tidak izinkan perdana menteri untuk guna (kompleks)? Ini harus dijawab oleh kerajaan Johor," katanya.

    Sementara itu Onn Hafiz menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa BN Johor akan mengadakan mesyuarat tergempar kononya ekoran dapatan kaji selidik semasa yang menunjukkan prestasi mereka tidak memberangsangkan.

    MENARIK:  Kerajaan Madani perkukuh perlindungan sosial rakyat sepanjang 2025 - PM

    Bagaimanapun Pengerusi BN Johor itu juga memberikan jawapan yang lebih kurang serupa.

    "Sebuah penipuan, sebuah penipuan besar," katanya.

    Pada majlis sama, ketika menyampaikan ucapannya, Onn Hafiz turut membidas pihak lawan berhubung isu Adun lantikan sekiranya calon BN tewas dalam PRN akan datang.

    Katanya DAP sendiri melantik pemimpin parti itu yang kalah dalam pilihan raya lalu menjadi senator.

    "Ada pihak kata kalau kita (BN) kalah, (calon yang berkenaan) akan dilantik sebagai Adun lantikan.

    “Saya nak beritahu kepada MCA, Umno dan MIC, kita bukan macam DAP.

    "DAP, calon dia yang kalahi di DUN Paloh dijadikan senator. Pemimpin yang ditolak oleh rakyat, dia masuk ikut ‘pintu belakang’ melalui jawatan senator. Kita tidak begitu," katanya.

    Mengulas lanjut, Onn Hafiz yang turut menggalas tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Johor menyatakan, mana-mana calon yang gagal mendapat mandat rakyat perlu akur dan menerima keputusan tersebut dengan terbuka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah