25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shazli Shaik Mohd pangku jawatan CEO MFL

    Shopee Sale

    Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL berkuat kuasa hari ini.

    “Mohd Shazli berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak sebagai COO bermula 2018, khususnya dalam membantu kelancaran operasi pertandingan dan sekretariat MFL,” menurut kenyataan MFL hari ini.

    Bulan lepas, MFL mengesahkan bekas CEO Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu, hanya selepas lima bulan memegang jawatan berkenaan.

    MENARIK:  ULASAN | Mengapa Muhyiddin mesti keluar dari bayang-bayang

    Justeru, Mohd Shazli diberi tanggungjawab menerajui operasi sekretariat MFL sehingga diumumkan sebagai pemangku CEO secara rasmi.

    Rossi merupakan individu dari luar negara pertama dilantik sebagai CEO MFL, menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang tamat kontraknya pada 31 Ogos 2024.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah