30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Samsuri jadi ketua pembangkang sekejap saja, lepas PRU Anwar ambil alih’

    Shopee Sale

    PAS menegaskan parti itu tidak ketandusan pemimpin, sebaliknya mendakwa PH kini bergantung kepada populariti Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang semakin merudum.

    Penolong Setiausaha Agung PAS, Syahir Sulaiman berkata, kenyataan Lim Guan Eng yang mempersoalkan kewibawaan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baru menunjukkan reaksi “melulu” penasihat DAP itu.

    Katanya, ia juga menunjukkan PH mula berasa cemas dan tercabar apabila melihat Samsuri sebagai ancaman kepada gabungan berkenaan.

    "Tak timbul soal PAS ketandusan pemimpin kerana yang tandus pemimpin ialah PH. Itu yang rakyat dapat lihat sekarang ni yang (PH) terlalu bergantung kepada populariti Anwar yang semakin merudum.

    "Hakikatnya, PAS bergerak secara kolektif, bekerja secara berkumpulan. Malah terbukti di Terengganu, Dr Samsuri sebagai menteri besar dibantu oleh exco-exco yang sama laju dengan beliau," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

    Pun begitu, Syahir berkata dia menjangkakan Samsuri “tidak lama” sebagai ketua pembangkang.

    "Saya jangka Dr Samsuri pegang jawatan ketua pembangkang ni tak lama, sekejap saja," jelasnya sambil menambah Anwar atau pimpinan PH lain boleh mengambil-alih jawatan itu selepas pilihan raya umum akan datang.

    Semalam Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata, tindakan PN memilih Ahmad Samsuri sebagai ketua pembangkang memberi gambaran seolah-olah PAS ketandusan calon yang berwibawa untuk menggalas tanggungjawab besar sama ada di peringkat negeri atau nasional.

    Keadaan itu katanya menyebabkan Ahmad Samsuri memikul dua tanggungjawab dengan memakai 'dua topi' iaitu sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan Menteri Besar Terengganu.

    MENARIK:  Video ‘rasuah’: Warisan desak SPRM tahan reman individu terbabit

    Mengulas lanjut Syahir berkata blok pembangkang bergerak secara kolektif di parlimen dengan setiap ahli parlimen memainkan perananan mengikut portfolio masing-masing tanpa bergantung kepada seorang individu semata-mata.

    "Maknanya kita ada autoriti untuk buat kenyataan, bangkitkan sebarang isu di dalam dan di luar Dewan Rakyat mengikut portfolio ataupun posisi masing-masing, tidak bergantung kepada seorang individu sebagaimana format yang diamalkan oleh PH ketika Anwar menjadi ketua pembangkang," katanya.

    Malah katanya, tugas ketua pembangkang kini menjadi lebih mudah kerana kerajaan yang dipimpin Anwar melakukan kesilapan "hampir setiap hari", selain mendapat kritikan segenap lapisan rakyat.

    "Hampir setiap hari ada sahaja pengumuman, ada sahaja keputusan, ada sahaja tindakan yang dibuat menteri dan juga perdana menteri yang mendapat kritikan rakyat," katanya.

    Dalam pada itu Syahir turut mengingatkan Lim supaya memperbetulkan negeri-negeri yang ditadbir PH seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan di negeri PN.

    Dia merujuk kepada cadangan penternakan babi berskala besar di Selangor yang tidak mendapat perkenan sultan dan pertikaian mengenai keabsahan Menteri Besar Negeri Sembilan, susulan pergolakan politik di negeri itu baru-baru ini.

    "Di Pulau Pinang, terlalu banyak kelemahan dan kritikan malah YB Lim Guan Eng sendiri pun sebagai 'ketua pembangkang kedua' dalam DUN Pulau Pinang pasti lebih memahami apa yang saya maksudkan," katanya tanpa menghuraikan lebih lanjut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah