30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video ‘rasuah’: Warisan desak SPRM tahan reman individu terbabit

    Shopee Sale

    Parti Warisan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menahan reman individu yang terlibat dalam skandal rasuah yang didakwa berlaku di Sabah bagi membantu siasatan.

    "Kadangkala, kebenaran boleh muncul dengan menahan reman mereka yang disyaki melakukan kesalahan bagi membantu siasatan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

    "Proses siasatan berkemungkinan akan mendedahkan kesalahan mereka, jika ada," kata Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

    Leiking berkata tidak seperti negeri-negeri lain di Malaysia, isu rasuah di Sabah telah mencapai tahap kritikal.

    "Keadaan ini menyebabkan penderitaan kepada rakyat Sabah apabila penduduk kampung dipaksa keluar dari tanah mereka, wujud dakwaan pembalakan haram di tanah Sabah Forest Industry (SFI), atau keadaan jalan raya, bekalan elektrik dan air yang begitu menyedihkan.

    "Skandal Sabah ini dan episod wakil rakyat melompat parti untuk menyertai GRS (sebelum akta larangan lompat parti diluluskan di peringkat negeri) juga sepatutnya mengingatkan kita betapa teruknya situasi ini," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Memandangkan dunia bakal menyambut Hari Antirasuah Antarabangsa pada 9 Disember, Leiking berkata rakyat Sabah tidak mahu mendengar pengumuman mana-mana badan antarabangsa yang menyatakan Sabah negeri paling korup di Malaysia.

    MENARIK:  1MDB: Najib tuding jari pada saksi, dakwa mereka pelaku sebenar

    "Saya berharap SPRM akan bertindak secara bebas dalam usaha mereka mencari kebenaran dan menyiasat mereka yang didakwa terlibat dalam kemungkinan salah guna kuasa serta perbuatan rasuah," katanya lagi.

    Leiking turut memuji Malaysiakini kerana mendedahkan video bagaimana "masa depan Sabah dirunding atas dasar - kamu sokong saya, saya bantu kamu."

    "Walaupun ada ancaman terhadap kebebasan kewartawanan, portal berita seperti Malaysiakini dan seumpamanya kekal menjadi cahaya harapan kepada ramai rakyat yang patuh undang-undang untuk mendedahkan skandal rasuah di negara ini," katanya lagi.

    Semalam, Malaysiakini menerbitkan tujuh video seorang pemberi maklumat yang mendakwa dia telah memberi rasuah kepada wakil rakyat untuk mendapatkan lesen penerokaan lombong di Sabah.

    Terdahulu, sayap-sayap Umno Sabah menuntut Ketua Menteri Hajiji Noor meletakkan jawatan berhubung video tersebut.

    Wanita Umno Sabah juga menggesa supaya satu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

    Sebelum ini, Hajiji menafikan dakwaan salah laku menjelaskan dia tiada apa yang perlu disembunyikan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah