32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyka Farhana & Akhyar Rashid Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Muhammad Luay Khayr

    Shopee Sale

    Pemain bola sepak, Akhyar Rashid berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pelakon Eyka Farhana selamat melahirkan cahaya mata mereka.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Orang Tanya Apa Paling Mengidam Masa Hamil, Saya Nak Shoot’ – Eyka Farhana

    Artikel Berkaitan: Dari Dua Hati Menjadi Tiga, Eyka Farhana Hamil Anak Pertama

    Timang cahaya mata

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, pemilik nama Muhammad Akhyar Abdul Rashid itu memuat naik momen-momen ketika anak sulungnya itu dilahirkan di sebuah hospital.

    Di ruangan kapsyen, Akhyar mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan seorang bayi lelaki.

    Alhamdulillah Ya Allah. Selamat datang, Muhammad Luay Khayr Bin Muhammad Akhyar.

    MasyaAllah, TabarakAllah. Our little blessing, our greatest love.

    Alhamdulillah untuk sebuah perjalanan yang indah ini.

    Dalam masa yang sama, Akhyar turut menghargai pergorbanan Eyka yang bersusah payah menjalani proses kehamilan dan kelahiran bayi mereka.

    Untuk isteri saya, terima kasih kerana kuat melalui segala-galanya.

    Terima kasih kerana menjadikan saya seorang ayah.

    Terdahulu, Eyka mengumumkan dirinya sedang hamil cahaya mata sulung namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai usia kandungannya.

    MENARIK:  Shukri Yahya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Bakal Lancar ‘Bru Coffee Shop’ Di APW Bangsar?

    Untuk info, Eyka telah mendirikan rumah tangga bersama Akhyar pada 2 Mei 2025.

    Sumber: Akhyar Rashid

    The post Eyka Farhana & Akhyar Rashid Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Muhammad Luay Khayr first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah