28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH sanggup tembung BN? Anwar ‘sandiwara’ – PAS

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari percaya ketua Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim hanya menggertak apabila membayangkan gabungannya bersedia menghadapi pertembungan besar dengan BN pada pilihan raya, atau parlimen mungkin dibubarkan lebih awal.

    “Dalam ucapan konvensyen 'syok sendiri' di hadapan penyokong sendiri seperti ini bolehlah kata macam-macam.

    "Hakikatnya PH tidak akan ambil risiko bertembung dengan BN dalam PRN atau PRU.

    "Parlimen juga tidak akan dibubar awal, kerana kerajaan sangat tidak yakin untuk menang semula.

    “Sandirawa berpanjangan," kata Fadhli pada satu kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Anwar berkata dia akan memanggil pemimpin PH dalam masa terdekat untuk membincangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya umum susulan keputusan BN untuk bertanding semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang.

    Dalam ucapannya di konvensyen PH di Johor Bahru semalam, presiden PKR berkata dia telah bersabar dengan keranah mereka.

    MENARIK:  LTAT umum dividen lima peratus bagi 2023

    "Tapi saya sebut tadi kalau mereka yang mula melanggar, kita jawab dengan tegas tapi kalau mereka berunding dengan baik, kita kan orang baik dan sabar dan bijak dan mahu selamatkan negara ini.

    "Tapi kalau kamu pilih untuk bertempur apa pilihan? Malah dalam tempoh terdekat saya akan panggil pimpinan Pakatan Harapan untuk berunding - bukan sahaja di negeri-negeri ini, malah kita harus berfikir serius," katanya.

    Anwar berkata keputusan untuk mengadakan pilihan raya berada di tangannya tetapi dia akan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan sekutu yang lain terlebih dahulu.

    Sementara itu, Anwar juga membayangkan PH akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi BN termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah