28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Hamil Maut, Suami Masukkan Mata Gergaji Besi Dalam Alat Sulit

    Shopee Sale

    Seorang lelaki tergamak membunuh isterinya yang sedang hamil dalam satu kejadian tragis yang berlaku pada 14 Mei lalu di daerah Surguja, Chhattisgarh, India.

    Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Anak 5 Tahun, Ketawa Saat Disoal Siasat

    Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Ditahan, Disyaki Bunuh Adik Kandung

    Suami bunuh isteri hamil

    Menurut pihak berkuasa, mangsa yang dikenali sebagai Heerabai, 23, dipercayai dipukul oleh suaminya, Pradeep Agariya sebelum memasukkan mata gergaji besi ke dalam bahagian sulit.

    Suspek membawa isteri ke Hospital Kolej Perubatan Ambikapur dengan menaiki motosikal dan mendakwa isterinya cedera dalam kemalangan jalan raya.

    Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dijalankan pihak hospital.

    Menurut pihak polis, suspek melarikan diri sebaik mengetahui isterinya meninggal dunia sebelum berjaya ditahan di Ambikapur pada Ahad. Suspek turut mengaku melakukan perbuatan tersebut.

    MENARIK:  Zarina Anjoulie Dakwa Penyanyi Saixse Curi Kad Bank, Bakal Ambil Tindakan? – ‘Aku & Polis Akan Cari Kau Sampai Dapat’

    Difahamkan, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga kira-kira lima tahun lalu dan suspek dikatakan sering memukul isterinya ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

    Sementara itu, pakar bedah forensik Hospital Kolej Perubatan Ambikapur berkata, mangsa sedang hamil tiga bulan dan mempunyai kira-kira 17 kecederaan serius pada tubuhnya.

    Turut ditemui adalah satu objek besi sepanjang hampir 10 inci pada tubuh mangsa.

    Sumber: Telangan Today

    The post Isteri Hamil Maut, Suami Masukkan Mata Gergaji Besi Dalam Alat Sulit first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah