29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sabotaj negara: Polis teliti semua aspek secara profesional

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia sedang melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap semua aspek berkaitan dakwaan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

    Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail berkata siasatan berhubung isu tersebut memerlukan masa yang mencukupi dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan keadilan serta ketelusan proses undang-undang.

    Mohd Khalid menegaskan sebarang tindakan hanya akan diambil selepas setiap perincian diteliti secara mendalam dan profesional.

    “Perkara ini masih dalam tindakan pihak polis dan diharap semua pihak dapat bersabar.

    MENARIK:  Hasrat Umno tanding Kota Raja: PKR, Amanah S'gor serah pada pucuk pimpinan

    “Sudah pasti siasatan akan dijalankan secara profesional berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh.

    “Sekiranya ada perkembangan (terbaru), kami akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mohd Khalid sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima laporan berhubung dakwaan gerakan yang melibatkan kerjasama antara seorang tokoh tempatan berpengaruh dengan sebuah agensi media antarabangsa pada Khamis.

    Siasatan kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah