32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nadir bumi Kuantan untuk tenaga hijau atau senjata AS?’

    Shopee Sale

    Lynas Rare Earths menjalinkan kerjasama dengan syarikat teknologi Korea Selatan, JS Link, untuk membina sebuah kilang magnet kekal nadir bumi di Kuantan, Pahang.

    Menurut laporan Reuters, kilang itu akan dibangunkan oleh JS Link, manakala Lynas akan menyokong pembangunan kemudahan tersebut melalui pelaburan sebanyak AS$34.78 juta (RM141.71 juta) dalam saham syarikat berkenaan.

    Kilang itu akan mempunyai kapasiti operasi tahunan sebanyak 3,000 tan magnet neodymium-besi-boron tersinter — sejenis magnet yang digunakan dalam aplikasi berteknologi tinggi, tenaga hijau dan pembuatan industri kerana mempunyai nisbah kekuatan kepada saiz yang tinggi.

    Lynas semalam berkata magnet yang dihasilkan di kemudahan itu akan dibekalkan kepada rantaian bekalan sektor automotif, tenaga angin dan pembuatan elektronik di pasaran termasuk Malaysia dan Korea Selatan.

    Syarikat itu menambah kilang magnet berkenaan juga dijangka mewujudkan sehingga 400 peluang pekerjaan.

    Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Lynas akan membekalkan bahan nadir bumi kepada kilang magnet sedia ada milik JS Link di Korea Selatan serta kemudahan yang dirancang di Malaysia sehingga Januari 2038.

    Kerjasama terbaru itu adalah kesinambungan daripada perjanjian pembuatan magnet yang ditandatangani oleh kedua-dua syarikat pada tahun lalu.

    MENARIK:  Bersih, aktivis kecam k’jaan Anwar bungkam suara rakyat

    Ahli Parlimen teliti perjanjian pertahanan

    Pada 6 Julai lalu, Reuters turut melaporkan bahawa sebuah jawatankuasa Parlimen akan mengadakan pendengaran minggu depan bagi membincangkan perjanjian Lynas untuk membekalkan mineral nadir bumi kepada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS).

    Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan, Wong Chen, berkata pendengaran itu akan menentukan sama ada perjanjian tersebut melanggar mana-mana dasar tempatan.

    "Untuk apa sebenarnya nadir bumi ini digunakan? Jika untuk tenaga boleh diperbaharui, kami akan menyokongnya. Tetapi jika ia untuk senjata, saya fikir kita perlu menolakny," katanya selepas menerima memorandum daripada kira-kira 50 aktivis di luar Parlimen.

    Wong Chen berkata jawatankuasa itu akan mendengar kenyataan daripada wakil Lynas, pegawai kerajaan dan aktivis.

    Dia berkata dapatan pendengaran tersebut akan digunakan untuk merangka cadangan berkaitan dasar nadir bumi Malaysia.

    Perjanjian Lynas untuk membekalkan mineral kritikal kepada kerajaan Amerika Syarikat bagi industri pertahanannya telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, dengan sebahagian pihak mempersoalkan penglibatan Malaysia dalam aktiviti ketenteraan yang dikaitkan dengan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah