29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puad terus tembak Saravanan, ungkit isu SD sokong Muhyiddin

    Shopee Sale

    Perselisihan antara Anggota Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan membawa kepada isu akuan berkanun (SD) anggota-anggota parlimen BN sebelum pilihan raya umum lalu.  

    Dalam catatan media sosial bertajuk “Saravanan: Semuanya kerana jawatanlah”, Puad membidas tuduhan Saravanan bahawa Presiden Umno dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menipunya.  

    “Kononnya dia telah dijanjikan jawatan. Tetapi belum dapat sampai sekarang. Dia tahu itu hak prerogatif PMX,” kata Puad.

    Puad turut mempersoalkan sokongan lampau Saravanan kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri melalui SD yang kemudiannya ditarik balik.  

    “Kenapa dia batal akuan bersumpah sokong Muhyiddin? Pun ada kaitan dengan jawatan,” tambahnya.

    Puad mengingatkan semua calon BN diminta menandatangani SD sebelum PRU15, termasuk klausa tuntutan ganti rugi RM100 juta jika anggota parlimen melompat parti.  

    “Kalau ada PRK (pilihan raya kecil), belum tentu dia boleh menang semula,” sindir Puad mengenai kerusi Tapah di Perak - satu-satunya kerusi parlimen MIC.  

    MENARIK:  Rafizi mahu saman kerajaan jika siasatan SPRM tak berakhir pertuduhan

    Dia menegaskan calon-calon bersetuju memberi kuasa kepada kepimpinan parti untuk berunding pembentukan kerajaan.  

    “Maka apa hal Saravanan sign (tandatangan) SD sokong Muhyidin. 

    “Tidakkah itu tipu bulat bulat?” soal Puad.

    Walaupun menyambut baik kenyataan Saravanan bahawa MIC menyokong kerajaan perpaduan demi kestabilan, Puad mempersoalkan lojik kemarahannya dikecualikan dari jawatan penting.  

    Puad menasihati MIC kekal dalam BN atas alasan ia satu-satunya jalan pragmatik untuk mengukuhkan kuasa tawar-menawar parti.  

    Semalam, kedua-dua pemimpin itu berperanang di Facebook selepas Puad mengejek kenyataan Saravanan bahawa MIC diperdaya untuk menyokong kerajaan gabungan pimpinan Anwar Ibrahim.  

    Dalam balasan pedas, Saravanan berkata tiada siapa yang peduli pada pendapat Puad kecuali “tentera sibernya”. 

    Dia juga berkata Umno sendiri sudah ditolak oleh orang Melayu yang beralih arah kepada Perikatan Nasional (PN).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah