27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Baharu Selepas 9 Tahun Pakai Myvi – ‘Janji Awak Selesa Uruskan Hal Seharian’

    Shopee Sale

    Pelawak Achey membuat kejutan istimewa buat isteri tercinta dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sempena ulang tahun kelahiran.

    Artikel Berkaitan: Achey Kongsi Ragam Tiara Enggan Pakai Baju Raya – ‘Pakaian Dia Lebih 20 Pasang..Tak Apalah Yang Penting Awak Gembira

    MENARIK:  Riena Diana Kurangkan Kongsi Momen ‘Sweet’ Dengan Keith Foo Di Media Sosial – ‘Nak Elak Penyakit Ain & Jaga Kesihatan Mental’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey ‘Control Portion’ Makanan Anak Setiap Kali Makan – ‘Nak Dilarang..Kasihan’

    Kereta baharu

    " data-video-id="7628559293343698183" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @achey_kintangkintung

    bismillah..happy advance birthday mama.. terpaksa bagi awal sbb myvi buat hal lagi.. so benda nak pakai untuk urusan awak seharian..tak dapat nak bagi pada tarikh besday sebenar.. lagipun myvi tu kena betul2 check balik untuk wear n tear.. awak sidai tepi jalan pun dah berapa kali 🤣🤣.. .. belikan audi tt tapi dia jual.. belikan mercedes tiara taknak naik.. so jual.. kononnya belikan mustang..nak merasa katanya.. hmm KAMI jual jugak sbb bayor bulan je tinggi pakai tak sedap mana pun.. so myvi jugak dia bedal sampai lumat.. .. moga dengan kemunculan x50 ni .. urusan harian awak lebih terjaga dan mudah.. tak banyak yang saya fikir janji awak selesa untuk melunaskan tugasan awak seharian .. @KAK_ANNE @tiaracandy_official

    ♬ original sound – ACHEY KINTANG KINTUNG – ACHEY KINTANG KINTUNG

    Menerusi perkongsian di TikTok, Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah, 40, memuat naik video memaparkan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau Anne yang kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat kejutan tersebut.

    Belikan Audi tapi dia jual, belikan Mercedes Tiara tak nak naik, jadi jual.

    Kononnya belikan Mustang, nak merasa, kami jual juga sebab bayar bulanan tinggi tapi pakai tak sedap mana pun.

    Sebelum ini dia henyak Myvi model pertama tu sembilan tahun sampai lumat, ini rosak lagi. Maklumlah sudah lama, beli second hand.

    Menurut Achey, dia menghadiahkan kenderaan jenis Proton X50 itu kepada Anne adalah untuk memudahkan urusan harian berikutan kereta yang dimiliknya sebelum ini sering rosak.

    Moga dengan kemunculan X50 ini urusan seharian awak lebih terjaga dan mudah, tak banyak yang saya fikir janji awak selesa untuk melunaskan tugasan awak seharian.

    Dia bergerak hari-hari, jadi dah tiba masanya dia ada kereta sendiri yang solid.

    Kalau nampak saya sibuk, dia dua kali ganda lagi sibuk. Bergerak sana-sini uruskan hampir benda dalam syarikat.

    Sekadar info, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

    Sehinggalah pada tahun 2018, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat iaituTiara.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Baharu Selepas 9 Tahun Pakai Myvi – ‘Janji Awak Selesa Uruskan Hal Seharian’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah