Pelakon Rita Rudaini menitipkan pesanan buat golongan wanita untuk mencari jalan keluar daripada rumah tangga yang disifatkan toksik.
Artikel Berkaitan: Isu ‘Prof Kangkung’: Rita Rudaini Dakwa Difitnah, Fail Pembelaan Di Mahkamah
Artikel Berkaitan: ‘Tugas Saya Sebagai Wanita Adalah Mendidik Generasi Lebih Baik’ – Rita Rudaini
Pesanan buat golongan isteri

Ketika ditemui , Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, menegaskan hubungan toksik dalam rumah tangga mampu memberi kesan pada tumbesaran anak-anak.
Tambah Rita, sesebuah hubungan tidak akan mampu bertahan hanya dengan usaha sebelah pihak sekali gus memerlukan kesungguhan dua hati demi mempertahankan kebahagiaan yang dibina bersama.
Sebenarnya, orang selalu fikir tentang rasa sayang. Lepas itu, fikir kesian pada anak-anak.
Tak boleh ya, kalau betul kesian dekat anak, kena keluar.
Kalau kita duduk dalam hubungan toksik, anak akan membesar dalam keadaan yang tidak elok.
Jadi cepat-cepat keluar. Kalau sedar perkara itu berlaku tak baik, cepat-cepat selamatkan diri dengan anak.
Jangan bertahan sebab alasan sayang rumah tangga. Kalau sayang, kena dua-dua pihak. Bila seorang sahaja sayang tak jadi.
Rita berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar sebenr tadi.
Bahagiakan diri sendiri dulu

Berkongsi lebih lanjut, Rita mengakui bahawa dia tidak menggalakkan perpisahan namun setiap individu perlu meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan.
Selain itu, Rita juga berpendapat wanita yang bertahan dalam rumah tangga toksik mampu mengganggu kesihatan mental terutama bagi wanita yang bekerja mencari nafkah buat anak-anak.
Bukan nak menggalakkan bercerai. Cuma jalan terbaik itulah. Sayang diri dulu.
Perkara ini boleh ganggu mental kita. Kita bekerja lagi dengan anak lagi.
Tak kan semua benda kita nak kena hadap. Lama-lama muka kita dah nampak tua, lepas itu orang nampak kita pun macam tak keruan. Kita pun tak nak berdepan orang, mengasingkan diri.
Jadi, tak elok macam itu. Tak bagus untuk diri sendiri. Positifkan diri dan keluar. Fikir nak bahagiakan diri sendiri.
Jangan fikir tak boleh nak teruskan kehidupan selepas bercerai.
Untuk rekod, Rita dan Aidil Zafuan berkahwin pada tahun 2008 sebelum sah bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14 tahun.
The post ‘Jangan Bertahan Sebab Alasan Sayang Rumah Tangga, Tolong Keluar Daripada Hubungan Toksik’ – Rita Rudaini first appeared on OHBULAN!.





