27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Kemalangan Jalan Raya, Alami Bengkak & Lebam Bahagian Kaki

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada petang Khamis.

    Artikel Berkaitan: Momen Siti Nurhaliza Santuni Peminat Istimewa Tular, Raih Pujian Ramai

    Kemalangan jalan raya

    Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengadakan satu persembahan di Sepang.

    Ramai yang menghubungi bertanyakan keadaan Siti. Kami menaiki dua buah kenderaan selepas selesai persembahan di RedQ AirAsia Sepang.

    Ketika melalui Lebuhraya MEX di KM14.2, berlaku kemalangan membabitkan empat buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Siti.

    Kereta saya berada beberapa kenderaan di belakang. Kami segera membawa Siti keluar dari kenderaan yang terlibat kemalangan dan membawanya ke dalam kereta kami.

    Rozi berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  [VIDEO] Jadual Kerja Padat, Netizen Nasihat Achey ‘Curi Masa’ Untuk Berehat – ‘Jaga Kesihatan Juga’

    Dalam pada itu, Rozi memaklumkan pelantun lagu Cindai itu telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    Siti telah dibawa ke hospital dan mengalami lebam serta bengkak pada bahagian kaki. Alhamdulillah, keadaannya selamat. Terima kasih atas doa semua.

    Terdahulu tular di aplikasi Threads yang memaparkan Siti dilihat berada di tepi lebuh raya bersama pembantu dan difahamkan kereta yang dinaikinya turut mengalami kerosakan.

    Sumber: Instagram

    The post Siti Nurhaliza Kemalangan Jalan Raya, Alami Bengkak & Lebam Bahagian Kaki first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah