Pelakon, Abby Abadi tampil mempersoalkan sikap segelintir pengarah dalam industri hiburan yang didakwa meminta pelakon wanita membuka tudung demi watak.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kurang Senang Norish Karman Dihujani Dakwaan Negatif – ‘Kenapa Persoalkan Ujian Menimpa Dia Sekarang?’
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Abby Abadi & Norman Hakim Selamat Bertunang
Ada ke?
View on Threads
Kata Abby, perkara itu bukan sahaja mengejutkan tetapi juga tidak logik kerana tiada keperluan untuk menawarkan tawaran sedemikian, apatah lagi masih ada pelakon wanita yang tidak bertudung.
Saya rasa peliklah. Betul ke dekat Malaysia ni ada pengarah drama atau filem yang nak bagi job dekat pelakon perempuan sampai suruh buka tudung?
Biar betul? Berapa ramai yang masih tak bertudung, yang dah bertudung disuruh buka kenapa?
Abby turut menyuarakan kekeliruan terhadap sikap segelintir pihak dalam industri yang didakwa tidak sensitif terhadap pegangan agama individu.
Kalau dah nama pengarah, tentu dah matang dan berusia.
Takkan tak faham-faham lagi tuntutan agama? Nak sangat kenal dengan pengarah-pengarah ni.
Tolong munculkan diri! Nak tahu sangat sebabnya kenapa.
Perkongsian Abby kemudiannya mencetuskan perbincangan hangat dan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Sumber: Threads
The post Abby Abadi Persoal Tindakan Pengarah Minta Pelakon Wanita Buka Tudung first appeared on OHBULAN!.





