Perbalahan Pope Leo XIV dan Presiden AS berterusan apabila Pope Leo melontarkan satu lagi kritikan terhadap peperanangan melibatkan negara itu semasa lawatan ke Cameroon, sambil menambah bahawa dunia "dimusnahkan oleh segelintir pemimpin tirani".
Menurut BBC, Pope Leo itu juga mengecam mereka yang memanipulasi "nama tuhan" untuk keuntungan mereka sendiri.
Dalam satu respons, Trump sebelum ini memberitahu ABC News bahawa Pope Leo tidak seharusnya mengatakan seperi itu, sambil menambah dia berhak untuk tidak bersetuju dengan Pope Leo.
Trump malah mendakwa secara palsu bahawa Pope Leo telah bersetuju dengan Iran yang mempunyai senjata nuklear.
"Pope boleh mengatakan apa yang dia mahu, dan saya mahu dia mengatakan apa yang dia mahu, tetapi saya boleh tidak bersetuju. Saya fikir Iran tidak boleh mempunyai senjata nuklear," tambah Trump.
Semasa lawatannya di Cameroon, Pope Leo mengecam para pemimpin yang "membutakan mata terhadap fakta bahawa berbilion dolar dibelanjakan untuk pembunuhan dan kemusnahan, namun sumber yang diperlukan untuk penyembuhan, pendidikan, dan pemulihan tidak dapat ditemui".
"Para pakar peranang berpura-pura tidak tahu bahawa hanya memerlukan masa seketika untuk memusnahkan, namun selalunya seumur hidup tidak cukup untuk membina semula," tambahnya.
Leo juga mengutuk "kitaran ketidakstabilan dan kematian yang tidak berkesudahan" di wilayah "berlumuran darah" di Cameroon yang telah bergelut dengan pemberontakan selama hampir sedekad.
"Mereka yang merompak sumber daya tanah anda biasanya melaburkan banyak keuntungan untuk senjata, sekali gus mengekalkan kitaran ketidakstabilan dan kematian yang tidak berkesudahan.
"Keamanan bukanlah sesuatu yang mesti kita cipta: ia adalah sesuatu yang mesti kita terima dengan menerima jiran kita sebagai saudara dan sebagai saudari kita," tegas Leo.
Pertelingkahan yang berpanjangan
Pope Leo dan Trump telah bertelagah sejak permulaan peranang di Iran bulan lalu, dengan Pope kelahiran AS itu menolak dakwaan bahawa tuhan membenarkan peranang semasa Ahad Palma.
Berucap kepada puluhan ribu orang yang berkumpul di Dataran St. Peter, Kota Vatican, Pope Leo menekankan bahawa tuhan tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sebarang bentuk peperanangan.
"Dia tidak mendengar doa mereka yang berperanang, tetapi menolaknya, dengan berkata: 'Walaupun kamu banyak berdoa, Aku tidak akan mendengar: tanganmu penuh dengan darah'," tambahnya, memetik petikan Bible.
Trump kemudian mengecam Pope Leo, dengan menyifatkannya sebagai "lemah mengenai jenayah dan teruk untuk dasar luar negara”.
Kritikan Trump terhadap Pope Leo mendapat kecaman daripada sekutunya sendiri, Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, yang mengatakan bahawa dia tidak akan berasa selesa dalam masyarakat di mana pemimpin agama mesti mengikuti langkah pemimpin politik.
Presiden AS tidak lama kemudian menyasarkan Meloni, menuduh Itali tidak membantu dalam peranang.
“Adakah orang ramai menyukai hakikat bahawa presiden anda tidak melakukan apa-apa untuk mendapatkan minyak (di Iran)? Adakah dia (Meloni) menyukainya? Saya tidak dapat bayangkan,” tambahnya.





