29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Beraya Berasingan Kerana Komitmen Keluarga – ‘Saya Izinkan Isteri Balik Kampung’

    Shopee Sale

    Pelakon Fikry Ibrahim tampil menafikan dakwaan rumah tangganya dengan isteri, Siti Khalizah Alihan sedang bermasalah seperti yang didakwa ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fikry Ibrahim & Isteri Pamer Momen Bahagia Naik Motor, Netizen Tumpang Gembira

    Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Isteri Datang Mahkamah Tarik Kes

    Fikry Ibrahim tak kongsi gambar isteri

    Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 32, sebaliknya menyifatkan spekulasi itu timbul kerana salah faham susulan mereka jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.

    Itu semua hanya spekulasi. Mungkin kerana kami tak berkongsi gambar bersama.

    Kalau korang tengok, kali terakhir saya berkongsi foto dengan ibu. Adakah kerana itu menunjukkan saya bergaduh dengan ibu saya? Tidak juga.

    Saya dan isteri merasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar bersama. Saya agak terkejut bila ada lagi khabar angin ini. 

    Fikry berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Libang Libu yang diadakan di GSC Cinemas Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Khamis. 

    Pengacara Melodi itu turut menjelaskan bahawa sejak awal perkahwinan lagi, dia dan isteri memilih untuk tidak berkongsi mengenai kehidupan peribadi kepada umum.

    Sebelum kahwin saya tak pernah berdepan isu seperti ini. Selepas kahwin saya masih mengekalkan prinsip sama. Saya tak suka berkongsi kisah privasi.

    Kalau lihat di media sosial, saya hanya berkongsi tentang ibu. Adik-beradik lain atau arwah bapa pun saya jarang berkongsi.

    Mengulas lanjut mengenai isu menyambut Aidilfitri secara berasingan, Fikry berkata situasi itu berlaku atas faktor tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarga.

    Isteri beraya di Sarawak. Tahun ini giliran isteri cuma saya kena jaga ibu. Pakcik saya pun tak sihat. Jadi saya mengizinkan isteri untuk balik ke Sarawak beraya bersama keluarga.

    Sebelum raya kami beli baju raya sekali jadi tak timbul isu masalah rumah tangga ini.

    Terdahulu, Khalizah pernah memfailkan cerai pada Mei tahun lalu namun menarik semula permohonan tersebut pada Jun melalui peguamnya, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif.

    MENARIK:  Boleh Ke Gelarkan Anak Sebagai ‘Mini Wife’? Ini Penjelasan Dari Sudut Undang-Undang

    Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 12 Februari lalu dalam majlis tertutup.

    The post Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Beraya Berasingan Kerana Komitmen Keluarga – ‘Saya Izinkan Isteri Balik Kampung’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah