Pelakon, Zahiril Adzim memberitahu bahawa isterinya, Shera Aiyob tidak pernah menghalangnya untuk bergandingan dengan mana-mana heroin walaupun pelakon tersebut pernah terpalit kontroversi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahiril Adzim Jelas Isu Rawatan Hidung, Bukan Untuk Mancung Tapi Kawal Otot Daripada Kembang – ‘Hidung Saya Masih Besar’
Tak pilih heroin

Zahiril atau nama lengkapnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata, Shera yang juga bertindak sebagai pengurusnya sentiasa meletakkan kepercayaan penuh terhadap profesionalismenya dalam kerjaya lakonan.
Saya tidak pernah menolak untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita.
Isteri saya sebagai pengurus akan bertanya sama ada saya selesa atau tidak untuk berlakon dengan gandingan tersebut dan selalunya jawapan saya adalah okey.
Isteri saya bukan seorang yang cerewet, cuma dia sering mengingatkan supaya saya sentiasa berhati-hati dan menjaga diri ketika berada di set penggambaran.
Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Isteri Ke-2 yang berlangsung di Balai Berita Bangsar, Media Prima, pada Selasa.
Menurut Zahiril, sepanjang bergelar pelakon, dia tidak pernah menolak untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon, tetapi pernah menolak tawaran drama atas faktor tertentu.
Setakat ini, seingat saya, saya belum pernah bergandingan dengan pelakon yang berkontroversi. Namun, jika ada yang pernah terpalit isu dan saya tidak mengetahuinya, itu di luar pengetahuan saya.
Dalam pada itu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik FFM18 ini turut meluahkan hasrat untuk kembali bergandingan dengan pelakon senior, Zamarul Hisham selepas sekian lama tidak berkongsi set.
Saya memang teringin untuk berlakon semula dengan abang Zamarul Hisham. Kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi sudah lama tidak berada dalam naskhah yang sama.
Perasaan itu datang secara tiba-tiba. Setakat ini belum ada rezeki, namun kalau terserempak di luar, kami ada juga berborak dan berkata, ‘alangkah bestnya kalau dapat berlakon bersama lagi’.
Selain Zahiril, drama Isteri Ke-2 yang bakal ditayangkan di TV3 dan platform Tonton itu turut dibintangi pelakon seperti Azira Syafinaz.
The post Zahiril Adzim Tak Kisah Berganding Dengan Heroin Kontroversi, Isteri Pesan Jaga Diri Di Set Penggambaran first appeared on OHBULAN!.





