29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hariz Hamdan Beri Nota Pada Hazwani Helmi – ‘Saya Ucap Happy Birthday & Wish Dia Sebelum Ke GSF’

    Shopee Sale

    Pelakon Harriz Hamdan berkongsi tentang titipan nota yang diberikannya kepada pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi.

    Artikel Berkaitan: ‘Hazwani Akhlaknya Baik, Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya’ – Hariz Hamdan

    Artikel Berkaitan: Isu iPhone, Hariz Hamdan Belum Sempat Tanya Khabar Hazwani Helmi – ‘Kita Bukan Sesiapa Nak Tentukan Salah Betul’

    Nota buat Hazwani

    Ketika ditemui Hariz atau nama lengkapnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 24, mendedahkan bahawa butiran nota tersebut adalah mengenai ucapan hari lahir kepada Hazwani, selain iringan harapan sebelum aktres itu menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.

    Waktu hari jadi dia, saya ada hantar satu nota. Dalam nota itu, saya ucapkan ‘Happy Birthday’ (Selamat Hari Jadi) dan ‘wish’ (semoga berjaya) dia untuk ke Sumud.

    Kalau pernah tengok di TikTok saya sebelum ini, saya rasa semua peminat pun tahu saya ada muat naik nota buatnya.

    Semasa disoal tentang isu GSF dalam kalangan wanita, Hariz menyedari pelbagai pandangan diberikan oleh beberapa pihak, namun dia tetap memberikan kata-kata semangat untuk Hazwani.

    Mungkin saya tidak tahu niat sebenar dia ke sana untuk berjihad dan sebagainya kerana hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.

    Saya faham ada pihak yang tidak suka. Banyak juga konflik dan salah faham.

    Sebagai kawan, apa yang saya boleh nasihat padanya ialah untuk dia terus kuat dan buat apa yang dia rasakan betul.

    Apapun yang orang cakap mungkin dia boleh ambil sebagai iktibar. Tapi niat baik untuk menolong warga Gaza itu adalah antara kita dengan tuhan.

    Harri berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

    MENARIK:  ASEAN-GCC-China Summit 2025: Ini Kesimpulan Rundingan Yang Diadakan

    Ciri-ciri wanita

    Sementara itu, Hariz juga turut menjelaskan tentang hantarannya di Threads mengenai ciri-ciri wanita idaman yang mendapat perhatian warganet yang turut dikaitkan dengan Hazwani.

    Saya buat ‘posting’ mengenai ciri-ciri wanita idaman di Threads itu adalah secara umum sahaja dan mungkin ada orang yang cakap ia ditujukan pada Hazwani.

    Tapi saya tak tujukan pada sesiapa pun dan biarlah orang tertanya-tanya sebab saya dan Hazwani hanya berkawan.

    Insya-Allah, kalau saya ada calon (isteri) pada masa depan, selain berhijab, itulah ciri-ciri karakter wanita idaman yang saya mahukan.

    The post Hariz Hamdan Beri Nota Pada Hazwani Helmi – ‘Saya Ucap Happy Birthday & Wish Dia Sebelum Ke GSF’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah