Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dan menegur sikap segelintir pihak yang melemparkan komen negatif terhadap ujian yang menimpa rakan artis, Norish Karman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Tanggung Empat Anak Angkat, Bukan Mengemis Minta Duit – ‘Kereta Dah Layak Masuk Longkang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Dedah Diminta Buka Tudung Untuk Kembali Berlakon – ‘Mereka Nak Rambut Spa Q’
Simpati dengan Norish
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, memuat naik semula artikel bertajuk ‘Mereka Kata Padan Muka, Siapa Suruh Bela Anak Ramai’.
Abby dalam hantaran yang sama, memohon orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menilai fasa kehidupan sukar yang sedang dijalani oleh Norish.
Nak tolong, tolonglah dengan seikhlas hati. Tak nak tolong abaikan je, kenapa mesti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meruntuhkan hati dan perasaan orang lain?
Tambah Abby lagi, sebelum ini Norish mempunyai kemampuan untuk menjaga anak-anak angkatnya namun kini berdepan dengan masalah kewangan.
Dulu rezeki Norish mewah, sebab itu dia terbuka hati untuk bela anak-anak angkat yang ada bersama dia sekarang selain anak sendiri.
Kenapa mesti persoalkan ujian yang menimpa dia sekarang? Ujian untuk dia, ujian untuk kita juga.
Janganlah laju mulut dan tangan itu berkata-kata.
Nasib kita, masa depan kita tak tahu macam mana. Jadi, muhasabah diri. Beringat sentiasa.
Terdahulu, Norish atau nama sebenarnya, Nor’Ashikin Karman, 52, terkilan apabila ramai pihak masih tidak percaya dengan situasi sulit yang sedang dilaluinya bersama anak-anak.
Sumber: Threads
The post Abby Abadi Kurang Senang Norish Karman Dihujani Dakwaan Negatif – ‘Kenapa Persoalkan Ujian Menimpa Dia Sekarang?’ first appeared on OHBULAN!.





