Pelakon, Arfie Shah mengakui kurang selesa apabila dilabel sebagai seorang selebriti kerana merasakan dirinya masih baharu dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arfie Shah Gementar Galas Watak Utama Filem ‘Impak Maksima 2’ – ‘Sampai Mental Saya Terganggu’
Artikel Berkaitan: Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam Impak Maksima 2? Arfie Shah Tak Ambil Hati
Perjalanan masih panjang

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Adwafri Shaharuddin, 33, berpendapat perjalanan yang dilaluinya masih panjang dan dia belum berada pada tahap untuk disamakan dengan pelakon lain.
Ada orang panggil aku artis, tapi aku sendiri tak pernah rasa macam Itu.
Aku baru mulakan perjalanan ini, dan masih terlalu jauh untuk samakan diri dengan pelakon-pelakon hebat yang sedia ada.
Bagaimanapun, dia tetap berharap untuk terus berkembang dan mencapai tahap tersebut suatu hari nanti.
Tapi, InsyaAllah satu hari nanti.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Pernah Rasa Diri Sendiri Artis, Masih Jauh Nak Samakan Diri Dengan Pelakon Hebat’ – Arfie Shah first appeared on OHBULAN!.





