29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRU16: BN gerak solo atau berpakat? Zahid macam mahu dua-dua

    Shopee Sale

    Dengan PRU mengejut yang dijangka berlaku tahun ini, persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah sama ada pakatan Madani akan kekal utuh, atau mungkinkah PH dan BN memilih jalan sendiri lalu bertembung di medan undi.

    Di pihak BN, terdapat desakan dalaman yang semakin meningkat supaya mereka bergerak secara solo bagi mengembalikan zaman kegemilangan parti itu sebagai kuasa politik dominan di negara ini.

    Strategi tersebut dilihat semakin mendapat tempat selepas Adun BN di Negeri Sembilan menarik balik sokongan mereka terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun – dari PH – lalu cuba membentuk kerajaan baru bersama PN.

    Bagaimanapun, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa dia sedang mengambil langkah begitu berwaspada.

    Dalam satu temu bual bersama Media Prima semalam, Ahmad Zahid menyatakan berkemungkinan besar BN akan bergerak solo namun pada masa sama mempunyai "persefahaman" dengan parti-parti lain.

    "Kita telah pun solo selama ini, dalam PRU ke-14 dan ke-15. Dalam situasi akan datang, kemungkinan besar kita akan solo.

    "Namun, kita perlu mengambil kira persefahaman dengan parti lain, terutama bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan persaingan tiga penjuru," katanya seperti yang dipetik oleh Berita Harian.

    Dia yang juga timbalan perdana menteri menambah BN akan memberi fokus untuk bertanding di kerusi yang "boleh menang" dan pada masa sama tidak akan bertarung dengan "parti yang mesra” dengan mereka.

    Mahu elak tiga penjuru

    Dua kenyataan terakhir itu menjurus ke arah satu pakatan pilihan raya walaupun ia tidak semestinya bermakna pihak yang mempunyai "persefahaman" tersebut akan berkempen untuk satu sama lain.

    Pendirian Ahmad Zahid dilihat bertujuan untuk meredakan kumpulan tegar dalam partinya dan pada waktu yang sama memastikan BN tidak menjadi mangsa kepada perpecahan undi.

    Walaupun perjanjian pilihan raya tanpa perkongsian rasmi dicapai dengan PH, tiada jaminan bahawa akan berlaku "pemindahan undi" antara penyokong kedua-dua gabungan seperti dalam pilihan raya di enam negeri pada 2023 yang menyaksikan PH dan BN bekerjasama secara rasmi.

    MENARIK:  Pastikan kes Zara tak berakhir NFA macam Beng Hock - peguam

    Pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Syaza Shukri, memberitahu Malaysiakini, rasa tidak percaya di kedua-dua pihak sangat tinggi pada masa ini.

    Akar umbi PH terutamanya, kata Syaza, sangat tidak berpuas hati terhadap BN.

    Syaza Shukri

    Dalam keadaan begitu, tambahnya, PH perlu 'menjual' lagi alasan untuk bekerjasama dengan BN.

    "Begitu juga dengan BN. Pemindahan undi sangat lemah kerana penyokong BN masih tidak mempercayai PH, terutamanya DAP," tambahnya.

    Syaza berpendapat sebuah pakatan longgar berkemungkinan besar akan dibentuk kerana PH mahupun BN tidak cukup popular atau kuat untuk bertanding secara bersendirian.

    Langkah itu juga, pada pandangannya, diperlukan bagi menyekat PN mengambil kesempatan daripada pertembungan tiga penjuru.

    Syaza berpendapat itulah sebabnya mengapa Umno melakukan pusingan U di Negeri Sembilan dan tidak lagi mendesak untuk membentuk kerajaan bersama PN.

    Wong Chin Huat

    Penganalisis politik Universiti Sunway, Wong Chin Huat, berkata episod di Negeri Sembilan baru-baru ini berkemungkinan akan mematahkan semangat penyokong BN dan PH untuk mengundi satu sama lain secara bersungguh-sungguh.

    "Bagaimanapun, ini tidak bermakna Umno dan PH perlu menjadi musuh sepenuhnya," katanya kepada Malaysiakini.

    Menurut Wong, "pakatan pilihan raya yang terhad" antara kedua-duanya mungkin menyaksikan mereka bertembung di beberapa buah kerusi — tetapi tidak cukup banyak sehingga menjejaskan peluang masing-masing untuk menang.

    Keadaan itu, katanya, akan menggalakkan penyokong BN dan PH untuk keluar mengundi.

    Tambah Wong, dalam senario sedemikian, mereka berkemungkinan besar akan mengelakkan pertembungan kerana pecahan undi sebaliknya akan memberi kelebihan kepada PN.

    Selain itu, Wong berpendapat PH dan BN mereka boleh mewujudkan kod etika untuk "memastikan permusuhan semasa kempen terkawal, atau lebih baik lagi, menghasilkan pertandingan mesra."

    Keadaan itu, katanya, akan membuka ruang bagi BN dan PH untuk membentuk gabungan pascapilihan raya.

    Dia turut menyatakan bahawa walaupun PN lebih serupa dari segi ideologi dengan BN, ia juga bermakna mereka akan bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan pengundi yang sama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah